Images
  • fattzura
    Majlis resepsi Fattah Amin dan Fazura bersama 5,000 peminat. (Gambar: Rekateemor/ Instagram)

5,000 peminat banjiri majlis resepsi Fattah-Fazura

SHAH ALAM: Lebih 5,000 tetamu hadir di majlis resepsi pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura yang diadakan khas untuk peminat di Royale Palace pada Ahad (11 Mac).

mStar melaporkan peminat setia pasangan itu mula membanjiri lokasi majlis sejak pukul 1.00 tengah hari dan kehadiran mereka tidak putus-putus sejak itu sehingga majlis selesai pada pukul 4.00 petang semalam.

Pasangan pelakon drama Hero Seorang Cinderella tersebut mengadakan majlis itu sebagai mengotakan janji bagi meraikan hari bahagia mereka bersama peminat.


Rata-rata tetamu yang hadir mengambil peluang merakamkan gambar kenangan bersama pasangan pengantin, menurut mStar.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis popular antaranya Khai Bahar, Bob Yusuf dan Fazli Zainal.

Lebih istimewa, pasangan berkenaan sempat mendendangkan lagu duet mereka berjudul Cinderella di hadapan ribuan tetamu, lapor mStar.

Fattah, 27, dan Fazura, 34, selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November tahun lalu.

Pada 25 Februari lalu, sebuah majlis resepsi bertemakan 'fairytale' turut diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, khusus untuk anggota keluarga dan rakan terdekat.

- Agensi berita/IM/im

Top