Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

300 penggiat seni M'sia hutang tailong, dedah Zed Zaidi

Jika anda menyangka bahawa para selebriti popular hidup serba mewah, anda mungkin silap.

Anggaran Waktu Membaca:
300 penggiat seni M'sia hutang tailong, dedah Zed Zaidi

Zed Zaidi. (Gambar: Zed Zaidi/Instagram)

Diterbitkan : 13 Jan 2018 02:29PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 02:35PM

KUALA LUMPUR: Jika anda menyangka bahawa para selebriti popular hidup serba mewah, anda mungkin silap.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, baru-baru ini mendedahkan seramai 300 penggiat seni tempatan berdepan dengan masalah kewangan dan berhutang dengan pemiutang haram atau tailong, lapor laman New Straits Times (NST).

"Jumlah itu berdasarkan aduan yang kami terima daripada para penggiat seni antara tahun 2015 dengan tahun lalu," Zed Zaidi memberitahu akhbar itu lagi.

"Dengan mendedahkan isu ini, Seniman berharap untuk mendampingi agensi-agensi kerajaan atau mana-mana pertubuhan untuk membantu kami menghuraikan masalah ini."

Ketika ditanya apakah punca yang menyebabkan perkara ini terjadi, Zed Zaidi berkata punca sumber rezeki mereka terjejas disebabkan terlalu ramai penggiat seni di negara itu.

"Faktor peluang yang kurang dalam industri ini diumpamakan sebagai satu pentas dikongsi dengan 10,000 penggiat seni. Jadi bagaimana mereka mahu sara diri?

"Apatah lagi pada masa ini terdapat lambakan graduan dari fakulti-fakulti seni yang turut mencari pekerjaan dalam industri ini," ujar Zed Zaidi, seperti yang dipetik Astro Awani.

Tambahnya lagi, Seniman bukan persatuan untuk mencari kerja atau show kepada penggiat seni tetapi mencari peluang pekerjaan buat mereka.

"Terbaru saya ke Indonesia bersama Seniman bagi mencari peluang untuk penggiat seni di negara ini bekerja di dalam industri negara mereka," kata Zed Zaidi.

Menurutnya lagi, anak seni negara itu perlu menjadi serba boleh agar dapat diterima dalam industri, lapor Astro Awani.

"Mereka perlu menjadi versatil dan berbilang bakat. Mereka perlu cuba pelbagai bidang dan bukan hanya tertumpu kepada satu.

"Mereka harus cuba menjadi penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara agar sumber pendapatan mereka bertambah," tegas artis Malaysia itu yang sekali sekala turut terlibat dalam kontroversi.

"Hakikatnya sama seperti industri lain. Mereka juga berdepan persaingan untuk mendapatkan kerja. Mungkin hanya 10 peratus yang dapat terus menerus bekerja.

"Saya ingin menekankan bahawa peranan Seniman bukan untuk mencari pekerjaan untuk mereka kerana kami bukan agensi mencari mencari kerja. Namun kami akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan panduan dan menyediakan huraian kepada masalah ini," kata Zed Zaidi seperti ditukil NST.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan