Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

25 selebriti termasuk Rossa, Awi Rafael hiburkan anda dalam Projek Kasih malam ini

Projek Kasih sampai kemuncaknya malam ini, dan acara amal itu berharap mengumpul sekurang-kurangnya $750,000 demi membantu lebih 550 pesakit di bawah naungan Persatuan Ain.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Projek Kasih sampai kemuncaknya malam ini, dan acara amal itu berharap mengumpul sekurang-kurangnya $750,000 demi membantu lebih 550 pesakit di bawah naungan Persatuan Ain.

Kesemua dana yang diraih itu bakal diperuntukkan bagi persediaan program-program serta perbelanjaan seharian untuk para pesakit dan keluarga mereka.

Edisi kelima Projek Kasih menyampaikan tema Kasih, Ihsan, Prihatin.

Projek amal berunsur hiburan ini demi mengumpul dana bagi membantu para pesakit barah, bekas pesakit barah dan penjaga mereka.

Tahun ini, satu kempen media sosial #PlankingForCancer turut diterapkan sebagai langkah mempertingkat kesedaran masyarakat tentang barah.

Ia disokong 50 kakitangan Persatuan Ain dan Mediacorp, termasuk para personaliti radio dan televisyen serta mendapat lebih 170 penyertaan di media sosial.

Personaliti-personaliti terkenal, Nurul Aini dan Khairudin Saharom, berganding bahu sekali lagi untuk mengacarakan rancangan ini.

Mereka akan membawa para penonton menyelami kisah-kisah menyayat hati daripada empat pesakit barah.

Seramai 25 selebriti setempat pula akan beraksi di pentas sama ada untuk menyumbang suara ataupun menyahut cabaran yang pelbagai seperti dikir barat dan tarian bollywood.

Antara barisan selebriti ini termasuk Aisyah Aziz, Awi Rafael, Didicazli, Farhana M Noor, Hyrul Anuar dan Nana Karia.

"Projek Kasih ini sangat bermanfaat kerana ia membantu kami untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang dilalui oleh pesakit-pesakit barah ini dan juga keluarga mereka," Farhana M Noor memberitahu BERITAMediacorp.

Bagi Nana Karia pula: "Matlamat kami ialah untuk acara ini, untuk menghiburkan para pesakit barah dan kami harap melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat itu. Kami harap penonton-penonton di rumah dapat menghubungi talian bantuan Persatuan Ain untuk membantu pesakit-pesakit barah kerana mereka perlu sumbangan-sumbangan anda untuk meneruskan kehidupan mereka dan lupakan buat sementara mungkin, penyakit-penyakit mereka itu.

"Kisah-kisah yang akan anda saksikan adalah paparan realiti kehidupan kita di Singapura dan anda lihat, telaah dan anda garap dan kemudiannya berikan bantuan yang sewajarnya," Dzar Ismail memberitahu BERITAMediacorp.

Acara dua jam ini juga akan diserikan lagi dengan penampilan istimewa daripada papa rock tanah air, Ramli Sarip dan diva pop Indonesia, Rossa.

Projek Kasih, anjuran Persatuan Ain bersama Mediacorp Suria, akan disiarkan secara langsung pada pukul 8.30 malam ini (7 Mei).

Para penonton boleh menghulurkan derma melalui talian berikut ini sehingga 14 Mei.

1900 112 2110 for $10
1900 112 2150 for $50
1900 112 2100 for $100 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan