Thailand sahkan 2 kes mikrosefali berkaitan Zika
Thailand hari ini (30 Sep) mengesahkan bahawa Zika menyebabkan dua kes mikrosefali di negara itu, iaitu kali pertama mikrosefali dikaitkan dengan virus itu di Asia Tenggara.
BANGKOK: Thailand hari ini (30 Sep) mengesahkan bahawa Zika menyebabkan dua kes mikrosefali di negara itu, iaitu kali pertama mikrosefali dikaitkan dengan virus itu di Asia Tenggara.
Mikrosefali menyebabkan bayi dilahirkan dengan kepala yang bersaiz lebih kecil daripada normal.
"Kami mendapati dua kes kepala kecil berkaitan Zika, iaitu kes-kes pertama di Thailand," kata Prasert Thongcharoen, penasihat di Jabatan Kawalan Penyakit, kepada para wartawan di Bangkok.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan ia adalah kes mikrosefali berkaitan Zika yang pertama di Asia Tenggara.
Jabatan kesihatan awam Thailand minggu ini menyatakan ia sedang menyiasat empat kes mikrosefali yang disyaki ada kaitan dengan Zika pada tiga bayi dan janin berusia 37 minggu yang belum lahir.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.