Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand: Negara-negara ASEAN akan pertingkat kerjasama basmi Zika

Menteri-menteri kesihatan dari negara-negara ASEAN sudah bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha membasmi Zika di rantau itu, menurut kementerian kesihatan Thailand hari ini (19 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand: Negara-negara ASEAN akan pertingkat kerjasama basmi Zika

Larva nyamuk yang dikumpulkan dari kelompok-kelompok Zika di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 19 Sep 2016 07:16PM Dikemas Kini : 19 Sep 2016 07:20PM

BANGKOK: Menteri-menteri kesihatan dari negara-negara ASEAN sudah bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha membasmi Zika di rantau itu, menurut kementerian kesihatan Thailand hari ini (19 Sep).

Kesemua 10 menteri kesihatan ASEAN menghadiri satu mesyuarat menerusi telesidang yang dihoskan secara bersama oleh kementerian kesihatan Thailand dan Brunei.

Kementerian kesihatan Thailand menyatakan bahawa kesemua menteri itu bersetuju untuk bekerjasama dalam lima bidang.

Ini termasuk mempertingkatkan usaha pemantauan di setiap negara ASEAN, memperbaiki pertukaran maklumat serta mempertingkatkan pemantauan dan langkah membasmi penyakit-penyakit virus yang baru.

Para menteri itu juga bersetuju untuk bekerjasama dalam cara-cara yang diperbaiki untuk mengawal nyamuk dan menguruskan tempat-tempat pembiakan larva nyamuk.

Menteri kesihatan Thailand, Dr Piyasakol Sakolsatayadorn, juga menyeru agar rantau ini berwaspada, dan melahirkan keprihatinannya terhadap kemungkinan Zika ada kaitan dengan masalah seperti mikrosefali dan Sindrom Guillain-Barre (GBS).

Beliau menambah bahawa adalah penting untuk mengelak rakyat menjadi panik kerana ini boleh menjejas ekonomi. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan