Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor jumlah kes baru Zika terendah dalam seminggu sejak virus mula menular

Jumlah pesakit baru Zika nampaknya mendatar pada akhir minggu keempat sejak kes jangkitan tempatan Zika yang pertama diumumkan di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor jumlah kes baru Zika terendah dalam seminggu sejak virus mula menular

Seorang relawan melekatkan poster tentang Zika pada lif sebuah estet perumahan di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 23 Sep 2016 08:43PM Dikemas Kini : 24 Sep 2016 12:35AM

SINGAPURA: Jumlah pesakit baru Zika nampaknya mendatar pada akhir minggu keempat sejak kes jangkitan tempatan Zika yang pertama diumumkan di negara ini.

Dua kes baru diumumkan di laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (23 Sep). Ini menjadikan jumlah pesakit baru yang dijangkiti sejak Sabtu lalu kepada 19 orang.

Jumlah itu membentuk kurang sepertiga daripada 65 kes Zika yang dilaporkan dalam tempoh yang sama minggu lalu. Jumlah kes Zika terus merosot di negara ini daripada 189 pada minggu pertama penularan Zika kepada 115 dalam minggu kedua.

Sehingga hari ini, keseluruhannya sebanyak 387 kes Zika dilaporkan di Singapura sejauh ini. Daripada jumlah itu, 16 pesakit Zika adalah wanita hamil, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Menurut MOH, pihaknya sedang menimbangkan rancangan untuk menubuhkan sebuah program pengawasan kebangsaan untuk memantau perkembangan bayi-bayi yang dilahirkan pesakit Zika. 

Sebanyak sembilan kelompok Zika sudah dikesan di negara ini. Kelompok Aljunied Crescent/Sims Drive kekal sebagai kelompok terbesar, dengan 291 kes dikaitkan dengan kelompok tersebut sehingga hari ini, sementara kelompok Elite Terrace pula yang kedua terbesar dengan 13 kes.

Maklumat di laman NEA menunjukkan bahawa kedua-dua kes baru hari ini tidak dikaitkan kepada mana-mana kelompok Zika yang sedia ada.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan