Zika

Images
  • zika thai
    Zika dijangkiti daripada gigitan nyamuk aegypti Aedes dan hubungan seksual. AFP/Marvin 

Pemimpin ASEAN bakal adakan perbincangan mengenai penularan Zika

THAILAND: Negara-negara anggota ASEAN dijadual akan mengadakan perbincangan mengenai penularan virus Zika yang menimbulkan keprihatinan buat masa ini.

Menteri Kesihatan Awam Thailand, Piyasakol Sakolsatayadorn, berkata beliau akan menyertai rakan sejawatannya dari negara-negara anggota ASEAN dalam satu persidangan melalui telefon bagi membincangkan cara-cara untuk mempertingkatkan lagi kerjasama rentas sempadan dalam usaha membanteras virus Zika.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan, juga akan menyertai sidang tersebut.

Menurut Dr Piyasakol, mereka akan membincangkan tentang bantuan teknikal bagi mengesahkan kes-kes jangkitan virus Zika dan kesediaan rantau itu dalam menangani penularan virus tersebut.

Rundingan-rundingan itu diadakan sedang virus Zika terus menular di negara-negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Singapura, Malaysia dan Indonesia. 

- 938Live/ru

Top