Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA: Keberkesanan penyemburan asap ada batasnya

Bagaimanapun keberkesanan penyemburan asap agak terbatas, menurut Pengerusi NEA Liak Teng Lit. 

Anggaran Waktu Membaca:
NEA: Keberkesanan penyemburan asap ada batasnya

Seorang pekerja menjalankan pengabutan terma di Singapura. (Gambar: Justin Ong)

Diterbitkan : 19 Sep 2016 09:42AM Dikemas Kini : 19 Sep 2016 09:47AM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) meningkatkan langkah-langkah seperti penyemburan asap dalam usaha menghapuskan pembiakan nyamuk tempatan yang membawa penyakit seperti denggi dan Zika.

Bagaimanapun keberkesanan penyemburan asap agak terbatas, menurut Pengerusi NEA Liak Teng Lit.

"Apabila kami menyembur asap, kami tidak hanya membunuh nyamuk, tetapi juga serangga lain seperti pepatung. Dan pepatung adalah senjata semula jadi. Ia boleh memakan sebanyak 100 ekor nyamuk sehari," katanya.

"Nyamuk, jika ada tempat pembiakan, akan wujud semula dalam masa beberapa hari. Dalam tempoh seminggu, jejentik akan mula berterbangan. Tetapi pepatung akan ambil masa tiga hingga enam bulan. Jadi semasa tempoh itu, tidak akan ada senjata semula jadi bagi mengawal nyamuk."

Encik Liak menambah: "Jadi penyemburan asap, walaupun ada kebaikannya - secara jujur, ia nampak menarik dan ramai orang suka pendekatan itu kerana bagi mereka, sesuatu sedang dijalankan terlihat banyak kepulan asap seperti sesuatu sedang dijalankan, namun ia banyak kekurangan."

Antara Januari dengan Julai 2016, para pegawai NEA dikerahkan setiap hari untuk menjalankan sekitar 748,000 pemeriksaan di merata Singapura, dan di mana 10,000 tempat pembiakan nyamuk dihapuskan.

Separuh daripadanya dikesan di rumah. Nyamuk Aedes lebih mudah membiak di air yang bertakung, maka dua dengan dua pertiga tempat pembiakan nyamuk dikesan di rumah-rumah.

ANCAMAN DALAM RUMAH

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, lima tempat utama pembiakan nyamuk di rumah tidak berubah, seperti baldi, piring pasu bunga; bekas hiasan seperti pasu-pasu; tanah yang keras di pokok-pokok dan mangkuk tandas.

Dengan kebanyakan tempat pembiakan nyamuk didapati di rumah, ada beberapa kes, di mana pihak berkuasa perlu masuk ke premis yang tidak boleh diakses secara paksa supaya dapat menjalankan pemeriksaan.

Dalam kes-kes itu, NEA menggesa semua penduduk supaya memberikan kerjasama.

"Secara jujur, ada beberapa kali apabila para pegawai NEA datang semasa orang ramai keluar bekerja, jadi kami harus datang lagi pada sebelah petang.

"Namun ada juga pada sebelah petang, kadang kala mereka tidak berada di rumah. Dan ada juga rumah-rumah yang tidak didiami. Dan ada pula yang pemiliknya sedang bercuti," kata Encik Liak.

"Jadi kami perlu mengingatkan betapa pentingnya bagi mereka untuk menyedari bahawa ini adalah satu masalah.

"Dan saya rasa cara yang terbaik untuk semua orang ialah dengan bekerjasama dengan pegawai NEA yang datang ke rumah. Sila buka pintu kerana para pegawai sibuk melakukan pemeriksaan dari rumah he rumah."

"Kedua, jika anda tidak akan berada di rumah buat beberapa hari atau minggu, berikan kunci rumah anda kepada jiran anda.

"Dan apabila pegawai NEA tiba, dapatkan jiran anda untuk membuka pintu supaya kami tidak perlu masuk secara paksa," ujar beliau. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan