Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelompok Zika terbesar di S'pura diisytihar tidak lagi aktif

Kelompok Zika tempatan yang pertama di sini, yang dikesan di kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive, diisytiharkan tidak lagi aktif pada 9 Oktober setelah tiada kes baru dilaporkan di situ selama dua minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2016 05:40PM Dikemas Kini : 18 Oct 2016 11:23PM

SINGAPURA: Kelompok Zika tempatan yang pertama di sini, yang dikesan di kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive, diisytiharkan tidak lagi aktif pada 9 Oktober setelah tiada kes baru dilaporkan di situ selama dua minggu.

Ini dinyatakan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (18 Okt). Kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive merupakan kelompok Zika terbesar di Singapura dengan sejumlah 298 jangkitan dilaporkan sejak kes Zika pertama di sini dikesan pada 27 Ogos.

NEA menyatakan ia sedang memantau dengan teliti kawasan itu, dan akan terus memantaunya sehingga 31 Oktober, tiga minggu selepas tarikh kelompok itu diisytiharkan tidak lagi aktif.

DUA LAGI KELOMPOK MASIH AKTIF

Bagaimanapun, dua kelompok Zika masih aktif di Ubi Avenue 1 dan Jalan Chengkak/Jalan Raya. Kedua-duanya diisytiharkan sebagai kelompok Zika masing-masing pada 13 Oktober dan 17 Oktober. Selain itu, kes-kes Zika dilaporkan dari semasa ke semasa di Singapura, yang menunjukkan virus Zika masih wujud di dalam masyarakat, menurut NEA.

"NEA menggesa semua penduduk dan pihak berkepentingan supaya terus berwaspada dan terus memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk, kerana mungkin masih ada kes-kes sederhana dan yang belum dikesan, yang mungkin akan merebakkan lagi virus itu sekiranya ada nyamuk di kawasan itu," menurut NEA.

Profesor Duane Gubler, pengarah pengasas Program Penyakit Berjangkit Baru di Sekolah Perubatan Duke-NUS berkata: "Usaha kolektif oleh NEA dan masyarakat berjaya mengawal dengan pantas apa yang boleh menjadi wabak besar. Pendekatan holistik Singapura untuk mengawal penyakit-penyakit bawaan nyamuk Aedes, melibatkan pemantauan aktif yang dipertingkatkan, kawalan nyamuk dewasa dan larva, pendampingan masyarakat dan pengurusan klinikal, boleh menjadi contoh kepada negara-negara lain yang terjejas dengan penyakit-penyakit ini."

Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini memuji respons Singapura terhadap penularan Zika, dan menyatakan ia "peran contoh" dari segi ketelusan dan laporan pantas tentang kes jangkitan.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan