Gan Kim Yong: Terlalu awal dan tidak produktif untuk menilai jika Zika endemik
"Saya berharap ia bukan endemik, tetapi ia sesuatu yang kami harus memantau dalam jangka panjang, sebelum kami boleh membuat penilaian muktamad," tambah beliau.
SINGAPURA: Ia "masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan" dan "tidak produktif" untuk menentukan sama ada Zika adalah penyakit endemik di Singapura, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong hari ini (13 September), selepas menyampaikan kenyataan di Parlimen mengenai penularan Zika.
Memberikan respons kepada soalan Anggota Parlimen Tin Pei Ling mengenai sama ada Zika dianggap endemik, dan jika penghapusan tempat pembiakan nyamuk boleh dicapai, Encik Gan berkata, "Tugas segera kami ialah menumpukan perhatian kepada kawalan vektor, lakukan yang terbaik bagi menghapuskan sebanyak boleh, jika tidak, mengurangkan sebanyak boleh."
"Saya berharap ia bukan endemik, tetapi ia sesuatu yang kami harus memantau dalam jangka panjang, sebelum kami boleh membuat penilaian muktamad," tambah beliau.
Encik Gan juga menjawab soalan lain, termasuk soalan mengenai mikrosefali dan langkah-langkah yang dilaksanakan sekarang bagi menggalak tapak-tapak binaan supaya melaporkan kes-kes yang disyaki Zika kepada Kementerian Kesihatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.