Zika

Images
  • zika fogging
    Operasi pengkabutan di Aljunied Crescent di Singapura. (Gambar: Reuters/Edgar Su)

8 kes baru Zika di S'pura selepas sehari tiada kes dilapor

SINGAPURA: Lapan kes baru jangkitan tempatan Zika di Singapura disahkan hari ini (14 Sep), menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan.

Ini menjadikan keseluruhannya 341 kes Zika di negara ini sejauh ini.

Empat kes baru itu adalah daripada kelompok Aljunied/Sims Drive, sementara kes-kes lain tidak dikaitkan dengan mana-mana kelompok.

Semalam, tiada sebarang kes baru Zika dilaporkan - iaitu yang kali pertama ia berlaku sejak kes pertama Zika di Singapura dilaporkan pada 27 Ogos.

- CNA/nd

Top