Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 kelompok Zika diisytiharkan tidak lagi aktif

Empat kelompok penularan Zika ditutup hari ini (4 Okt)dengan tiada jangkitan baru dicatatkan buat tiga hari berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Oct 2016 08:10PM Dikemas Kini : 04 Oct 2016 08:46PM

SINGAPURA: Empat kelompok penularan Zika ditutup hari ini (4 Okt)dengan tiada jangkitan baru dicatatkan buat tiga hari berturut-turut.

Kelompok-kelompok di Joo Seng Road, Ubi Ave 1, Balam Road dan Hougang Avenue 7 semuanya diisytiharkan tutup dengan tiada kes baru dicatatkan di kawasan-kawasan tersebut sejak dua minggu lalu.

Namun tiga lagi kelompok masih ada di Aljunied/Sims Drive, serta Elite Terrace dan Sengkang Central.

Kelompok di Aljunied/Sims Drive menyaksikan tiga kes baru dalam tempoh dua minggu manakala dua lagi tiada sebarang jangkitan baru.

Perangkaan NEA juga menunjukkan kes baru yang disahkan Zika dilaporkan pada 1 Oktober lalu.

Dan setakat hari ini, sejumlah 399 kes Zika tempatan disahkan di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan