14 kes baru Zika di S'pura, kelompok baru dilaporkan di Sengkang
Sebanyak 14 kes baru Zika disahkan di Singapura sehingga 3.00 petang tadi (16 Sep), menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
SINGAPURA: Sebanyak 14 kes baru Zika disahkan di Singapura sehingga 3.00 petang tadi (16 Sep), menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Ini menjadikan jumlah keseluruhannya 369 kes Zika di sini sejauh ini.
Daripada 14 kes baru itu, empat dari kelompok Aljunied, menjadikan jumlah kes yang dikesan di kelompok Zika terbesar di negara ini kepada 283 keseluruhannya, berdasarkan maklumat di laman NEA.
Kelompok baru juga dilaporkan di Sengkang Blok 272C dan Blok 279C, menurut NEA.
Sebanyak 14 kes baru Zika juga dilaporkan semalam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.