Zika

Images
  • fogging (1)
    Kerja-kerja menyembur asap di kawasan perumahan. (Gambar AP/Wong Maye-E)

12 kes baru Zika disahkan hari ini, jumlah keseluruhan melepasi 300

  • 12 kes baru Zika disahkan
  • Jumlah kesluruhan kini sebanyak 304

SINGAPURA: 12 kes baru jangkitan tempatan Zika disahkan oleh pihak berkuasa hari ini (9 September), membawa jumlah keseluruhan kes yang disahkan kepada 304.

Dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan 10 daripada 12 kes baru itu dikaitkan dengan kelompok Aljunied Crescent/ Sims Drive/ Kallang Way/ Paya Lebar Way dan satu kes dikaitkan dengan kelompok Elite Terrace.

Kes baru yang lagi satu tidak diketahui kaitannya dengan mana-mana kelompok yang ada sekarang.

NEA menambah ia sedang meneruskan operasi kawalan vektor dan usaha mendampingi penduduk di kelompok Aljunied Crescent/ Sims Drive/ Paya Lebar Way/ Kallang Way/ Circuit Road/ Geylang East Central/ Geylang East Avenue 1; Bedok North Avenue 2/ Bedok North Avenue 3/ Bedok North Street 3; Joo Seng Road; Bishan Street 12; Elite Terrace dan Ubi Crescent.

Setakat sehingga 8 September, sejumlah 183 tempat pembiakan nyamuk dikesan dan dihapuskan, 114 daripadanya adalah di rumah-rumah, dan 69 dari ruang awam atau premis lain.

NEA menyatakan, sebagai lanjutan dari hujung minggu lalu, kegiatan yang menyokong gerakan Mozzie Wipeout Against Zika akan diadakan di merata Singapura pada hujung minggu ini "bagi menggesa semua penduduk supaya menyertai usaha kolektif membasmi Zika dengan melakukan lima langkah Mozzie Wipeout, menghapuskan air bertakung dan tidak membuang sampah sembarangan".

NEA menambah orang ramai boleh mendapatkan maklumat yang dikemas kini mengenai Zika dan butiran mengenai kelompok Zika di lamannya. 

- CNA/ru

Top