Syawal 2020

Images
  • mufti
    Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Umat Islam di S'pura akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini, 24 Mei

SINGAPURA: Masyarakat Islam Singapura akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad ini (24 Mei)

Demikian pengesahan daripada Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir hari ini.

Kita ikuti sekarang pengumuman beliau itu sepenuhnya mengenai awal Syawal bagi negara ini.

PENGUMUMAN MUFTI NEGARA

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi, kerana bulan telah terbenam lebih awal.

Ini bererti esok adalah hari penggenap bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1441 Hijrah iaitu Hari Raya Aidilfitri, jatuh pada lusa, Ahad bersamaan 24 Mei 2020.

Dengan izin Allah dan taufiknya, kita telah berjaya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan walaupun di dalam suasana yang luar biasa lagi mencabar.

Pada masa yang sama, kita juga beriltizam untuk sama-sama mengatasi penularan wabak di Singapura.

Marilah kita meneruskan usaha dan semangat ini dan marilah kita menghayati maksud kejayaan bersempena dengan Aidilfitri.

Izinkan saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Saya juga memohon kemaafan di atas segala kekurangan.

Semoga Allah menerima kita sebagai hamba-hamba yang diredaiNya.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

- BERITAmediacorp/na

Top