Skip to main content

Iklan

Iklan

Pengorbanan 3 jururawat jadi juru uji 'swab' pada Aidilfitri

Sedang masyarakat Muslim Singapura menyambut Aidilfitri bersama keluarga di rumah, sekumpulan pekerja barisan hadapan giat berjuang melawan COVID-19. Meski berjauhan dari keluarga, mereka cekal menjadi ‘benteng’ demi memastikan keselamatan masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sedang masyarakat Muslim Singapura menyambut Aidilfitri bersama keluarga di rumah, sekumpulan pekerja barisan hadapan giat berjuang melawan COVID-19.

Meski berjauhan dari keluarga, mereka cekal menjadi ‘benteng’ demi memastikan keselamatan masyarakat.

BERITAmediacorp bertemu sekumpulan jururawat di bawah Poliklinik Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHGP) itu yang berkongsi tentang sambutan Syawal mereka.

JADI JURU UJI SWAB

Jika pagi raya anda disambut penuh meriah di rumah bersama keluarga di sisi, namun sambutan Lebaran bagi tiga jururawat NHGP - Siti Rasyidah Gozali, Shaynaz Parveen Rahman Shariff, dan Sa'adiah Ramlee, cukup berbeza.

Sejak bulan Ramadan lagi, ketiga-tiga jururawat ditugaskan menjadi juru uji swab di pusat-pusat pengasingan, bagi menjalankan ujian terhadap individu-individu yang disyaki dijangkiti COVID-19, termasuk pekerja asing.

"Memang saya rasa sedih pun ada sebab ini pertama kali saya harus bekerja pada hari pertama Hari Raya tapi saya juga rasa, kalau saya rasa sedih, apatah lagi perasaan pekerja asing di sini yang langsung tidak dapat bertemu dengan keluarga mereka dan tidak dapat keluar dari bilik. atau makan makanan yang sedap-sedap, sekurang-kurang saya dapat pulang ke rumah dan dapat menyambut hari raya pada hari-hari lain," kongsi Jururawat Kanan Poliklinik Hougang, Cik Rasyidah.

KEBAJIKAN PEKERJA ASING DIUTAMAKAN

Rasa bimbang dan khuatir tentang kemungkinan dijangkiti COVID-19 memang tetap ada dalam diri mereka, namun tatkala melihat siatuasi pekerja asing, pengorbanan yang ingin dilakukan semakin menebal dalam diri.

Bagi Jururawat Am di Poliklinik Toa Payoh, Cik Shaynaz misalnya bahasa pengantaraan bukan menjadi satu masalah bagi beliau untuk berkomunikasi dengan mereka.

Cik Shaynaz boleh berbahasa Tamil, Hindi, Urdu dan Punjabi.

Lantaran itulah penting kata beliau untuk lebih memahami isi hati dan kebimbangan yang diluahkan oleh para pekerja asing.

Ini antara keprihatinan yang dikongsi para pekerja asing dengan beliau:

"Mereka (pekerja asing) rindukan keluarga di kampung halaman, jadi saya katakan kepada mereka, awak sentiasa boleh menggunakan panggilan video dan alat-alat yang lain lagi, dan saya beritahu mereka untuk menjaga diri dan solat," jelas beliau.

MASYARAKAT DAPAT BERI KERJASAMA

Meski sukar, ketiga-tiga jururawat itu berharap masyarakat juga memandang serius peranan mereka untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada terus berleluasa.

"Buat masa sekarang kerana kita tidak tahu di mana dan bila penyakit ini akan hilang, jadi buat jangka masa yang panjang saya harap masyarakat dapat memahami dan terus bekerjasama dengan kami untuk jaga jarak selamat dan berjaga-jaga dengan menggunakan pelitup muka," ujar Jururawat Kanan Poliklinik Ang Mo Kio, Cik Sa'adiah.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini COVID-19 dan bulan Syawal: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan