Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kunjungan maya ajak lebih 120 penerima bantuan nikmati Rumah Terbuka Istana sempena Lebaran

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengadakan Rumah Terbuka Istana (IOH) yang pertama dalam bentuk maya hari ini (24 Mei) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Kunjungan maya ajak lebih 120 penerima bantuan nikmati Rumah Terbuka Istana sempena Lebaran

Presiden Halimah mengadakan panggilan menerusi persidangan video bersama Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir, mantan Mufti Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram and Ustaz Abdul Rauuf awal minggu ini. (Gambar: Halimah Yacob/Facebook)

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengadakan Rumah Terbuka Istana (IOH) yang pertama dalam bentuk maya hari ini (24 Mei) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

IOH Hari Raya tahun ini diadakan dalam talian ekoran wabak COVID-19. Para penerima bantuan daripada New Life Stories, Persatuan Ain, Rumah Kebajikan Jamiyah, Rumah Kebajikan Muhammadiyah dan Rumah Kabajikan Pertapis diundang untuk meluangkan masa di Istana secara online.

Semasa IOH maya itu, Presiden Halimah turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada lebih 120 penerima bantuan dan keluarga mereka menerusi persidangan video.

Para penerima bantuan juga dibawa 'meninjau-ninjau' Istana menerusi lawatan maya 360 darjah, di samping menonton video Upacara Pertukaran Barisan Pengawal dan Pertunjukan Cahaya Istana 150.

"Saya berbesar hati menyambut kehadiran beberapa penerima bantuan pada Rumah Terbuka Istana maya yang pertama kami hari ini. Para penerima bantuan berpendapat bahawa kunjungan maya itu adalah satu cara yang menarik lagi kreatif untuk mengenali Istana dan sejarah di sebalik bangunan ikonik itu," kata Puan Halimah.

"Tahun ini, kita tidak boleh mengadakan Rumah Terbuka Istana seperti biasa sempena Lebaran, disebabkan oleh wabak COVID-19," namun menurut Presiden Halimah, beliau bersyukur kerana teknologi membolehkan pihaknya untuk mengadakan Rumah Terbuka menerusi cara yang berbeza itu.

"JANGAN LUPAKAN GOLONGAN YANG KURANG BERNASIB BAIK"

Sedang umat Islam di Singapura menyambut Hari Raya yang berbeza tahun ini, Puan Halimah turut mengingatkan orang ramai supaya jangan sekali-kali melupakan golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat Melayu/Islam.

"Saya berharap pengalaman ini akan membawa keceriaan kepada para penerima bantuan' melalui kunjungan pertama mereka ke Istana." tambah Presiden Singapura itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan