Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semangat gotong royong masyarakat Melayu/Islam atasi COVID-19 wajar diraikan - Masagos

Keadaan COVID-19 yang tidak menentu menguji kecekalan masyarakat Melayu/Islam sebagai sebuah Masyarakat Gemilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Semangat gotong royong masyarakat Melayu/Islam atasi COVID-19 wajar diraikan - Masagos

Perjumpaan Hari Raya Secara Maya Bersama Menteri, 21 Mei 2021. (Gambar: MCI)

SINGAPURA: Keadaan COVID-19 yang tidak menentu menguji kecekalan masyarakat Melayu/Islam sebagai sebuah Masyarakat Gemilang, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dalam ucapan tahunannya di acara Perjumpaan Hari Raya Secara Maya Bersama Menteri hari ini (21 Mei).

Namun, masyarakat Melayu/Islam membuktikan mereka mampu membuat penyesuaian dalam kehidupan sosial dan keagamaan koronavirus.

Pencapaian itu kata Encik Masagos hasil semangat gotong royong dan wajar kita raikan.

Justeru beliau menggesa masyarakat agar terus memperkukuh semangat bersatu padu, saling menyokong dan ikatan yang terjalin demi mempersiapkan diri bagi masa depan pasca COVID-19 sebagai sebuah Masyarakat Gemilang.

Majlis malam ini merupakan tahun kedua ia diadakan secara maya di tengah-tengah pandemik dan kebimbangan tentang wujudnya varian baru dan kelompok jangkitan dalam masyarakat.

Dengan langkah-langkah yang diperketatkan demi mengekang penularan lanjut dalam masyarakat, Encik Masagos berkata beliau faham bahawa ramai yang tawar hati kerana ia menjejas sambutan Aidilfitri buat tahun kedua berturut-turut.

"Namun kita patut bangga dan gembira bahawa penularan baru ini tidak disebabkan oleh sambutan Ramadan kita dan amalan berkunjung sempena Hari Raya," kata Encik Masagos.

Untuk itu, Encik Masagos bersyukur kerana masyarakat membuat pengorbanan demikian dan melaksanakan tanggungjawab mereka demi memastikan keselamatan Singapura.

Encik Masagos turut melahirkan penghargaannya kepada anggota Kumpulan Kerja Melayu/Islam COVID-19 dan Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu yang menurutnya, cepat dan cekap bertindak.

"Mereka bertungkus lumus memberi bimbingan dan sokongan kepada masyarakat kita untuk mengharungi krisis ini, sepanjang setahun yang lalu,"ujar Encik Masagos.

"Kami menubuhkan SGTB pada April tahun lalu untuk memperkukuh usaha bagi memastikan masyarakat kita mendapat manfaat daripada inisiatif-inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan Berdaya Tahan. SGTB sudah menerajui pelbagai usaha yang membantu masyarakat menghadapi COVID-19.

"Kami turut memanfaatkan rangkaian dan kepakaran badan-badan M³, badan-badan Melayu-Islam (MMO) seperti PERGAS, PPIS, AMP, DPPMS serta NTUC."

Dalam ucapannya yang bertemakan "Raikan Kejayaan, Kukuhkan Perpaduan" itu, Encik Masagos menyenaraikan antara insiatif masyarakat sepanjang tempoh pandemik ini:

  • MUIS agihkan zakat S$2.2 juta kepada 5,500 penerima di bawah Dana Bantuan COVID-19
  • MUIS beri pelepasan sewa dan rebat cukai kepada lebih 90 penyewa hartanah wakaf
  • MUIS menyumbang S$200,000 sebagai geran tokokan kepada Pakej Rahmah PERGAS yang membantu 500 asatizah
  • MENDAKI tangguh pembayaran pinjaman pelajaran kepada lebih 100 pelajar, 240 pelajar institusi pengajian tinggi dapat subsidi TTFS lebih tinggi
  • MENDAKI menyediakan Elaun Sementara kepada lebih 1,100 pelajar ITE
  • MENDAKI SENSE dengan kerjasama NTUC menjalankan 15 pameran kerjaya yang menyokong lebih 2,700 pencari kerja
  • DPPMS bantu lebih 10,000 syarikat kecil dan sederhana

Dalam masa-masa sukar ini, Encik Masagos mengajak masyarakat supaya memikirkan dan mendoakan buat mereja yang terjejas dalam pergolakan yang menjejas Carikan Gaza dan Israel.

"Ini adalah satu peringatan bahawa kita perlu menjaga keharmonian yang kita bangunkan di Singapura dalam masa bertahun-tahun walaupun dalam kita terus mendoakan buat keselamatan dan keamanan bagi mereka yang hidup di tempat-tempat yang dicengkam konflik. Sekali musnah, keharmonian kita tidak dapat dibangunkan semula," tegas Encik Masagos.

Beliau menyeru masyarakat membuat sumbangan berharga menerusi kutipan dana Yayasan Rahmatan Lilalamin dan dianjurkan bersama dengan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) untuk membantu mereka yang terjejas membangunkansemula kehidupan mereka.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan