Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia dilempar mercun selepas minta orang ramai bersurai

Polis M'sia dilempar mercun selepas minta orang ramai bersurai.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia dilempar mercun selepas minta orang ramai bersurai

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 May 2021 09:46PM Dikemas Kini : 13 May 2021 09:49PM

KUALA LUMPUR: Sepasukan anggota polis Malaysia dilontar mercun ketika cuba menghentikan kira-kira 200 penduduk kerana membakar bahan tersebut secara terbuka, di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur awal pagi hari ini (13 Mei).

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.50 pagi dan apabila tiba di lokasi, keadaan menjadi sangat tegang dengan letupan mercun tidak terkawal dan memberi amaran agar perbuatan tersebut dihentikan, namun tidak diendahkan.

“Semasa pihak polis sedang menyuraikan orang ramai yang berkumpul, tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan hampir mengenai pihak polis yang sedang bertugas.

“Letupan dipercayai daripada mercun yang sengaja dilontar terhadap polis dan setelah itu orang ramai segera beredar dari kawasan itu. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis berjaya mengawal tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil, kerana menakutkan secara jenayah dan larangan ke atas pemasangan bunga api yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur, sambil menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu ingkar.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan