Syawal 2021

Images

PM Lee ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Singapura.

Dalam catatan beliau di Facebook semalam, Encik Lee menggesa masyarakat Melayu/Islam supaya patuh sekatan perhimpunan dan lawatan demi melindungi diri dan keluarga mereka.

"Sambutan Hari Raya rakan-rakan Muslim kita telah terjejas akibat langkah keselamatan lebih ketat yang diumumkan baru-baru ini," kata PM Lee.

"Saya harap kita mengambil berat terhadap langkah terbaru ini."

Tambah Encik Lee Singapura sudah mencapai kemajuan yang baik dalam menyediakan vaksin untuk semua penduduk. Namun tugas itu belum selesai dan COVID-19 masih menular di banyak negara di sekitar Singapura.

"Patuhilah sekatan perhimpunan dan lawatan, khususnya dalam musim Hari Raya ini. Anda akan melindungi diri dan keluarga anda, terutamanya ahli keluarga yang lebih tua,"ujarnya. 

- BERITAmediacorp/ha

Top