Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pek pencuci mulut sihat terus raih sambutan sempena Lebaran

Jika dahulu, berkongsi juadah dengan jiran sebelah-menyebelah menjadi amalan pada bulan puasa. Kini dengan kemudahan khidmat penghantaran, tiada apa yang boleh menahan kita daripada menyebar ihsan terutama pada Ramadan ini. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jika dahulu, berkongsi juadah dengan jiran sebelah-menyebelah menjadi amalan pada bulan puasa. Kini dengan kemudahan khidmat penghantaran, tiada apa yang boleh menahan kita daripada menyebar ihsan terutama pada Ramadan ini.

Sebuah syarikat penyedia khidmat makanan sihat, AMGD, menyaksikan peningkatan 10 peratus dalam tempahan bagi pek pencuci mulutnya yang sihat lagi lazat.

Sewaktu dilancarkan, pek pencuci mulut seperti itu terjual antara 20 dengan 50 kotak sehari.

Setelah tiga minggu, penyedia hidangan sihat AMGD, di bawah jenama manisannya CZ Bakery, menikmati lonjakan pesanan kepada 500 kotak sehari.

Ini didorong amalan pelanggan membeli purata lima hingga 30 kotak untuk dikongsi.

Malah, mengikut had yang dikenakannya sendiri, kotak manisan itu sudah habis ditempah setiap hari sehingga selepas seminggu Hari Raya.

Mahalabia, manisan Timur Tengah berasaskan susu, menjadi antara tarikan.

Sebanyak 70 peratus tempahan datang daripada masyarakat bukan Melayu, yang mendapati kandungannya yang eksotik dan rasanya yang enak walaupun sihat, wajar untuk dikongsi bersama rakan dan taulan, menerusi khidmat penghantaran yang disediakan.

"Macam dahulunya kami masak seperti bubur dan sebagainya, kami berkongsi dengan jiran-jiran sebelah dan sebagainya tapi sekarang khidmat AMGD - mereka membeli kredit gaya hidup sihat dan hanya perlu menempah dan kami akan menghantar kepada teman-teman atau sahabat yang sejauh mana," kata cef pastri di AMGD, Cik Sheriffa Sheikha Syed Omar Alhabshee.

Dengan sambutan memberangsangkan, syarikat itu merancang mempelbagaikan lagi tawaran platter manisannya dalam masa akan datang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan