Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muslim Myanmar sambut Lebaran dibayangi ketegangan rampasan kuasa tentera

Rakyat Muslim Myanmar, Lebaran tahun ini dibayangi ketegangan ekoran rampasan kuasa tentera pada Februari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Muslim Myanmar sambut Lebaran dibayangi ketegangan rampasan kuasa tentera

Anggota tentera Myanmar leraikan tunjuk perasaan pada 7 Mac 2021 di Yangon (Gambar: AP)

Diterbitkan : 13 May 2021 09:32PM Dikemas Kini : 13 May 2021 09:36PM

MYANMAR: Seperti masyarakat Melayu Islam Singapura, umat Islam di merata dunia juga menyambut Lebaran dalam suasana sederhana dengan sekatan-sekatan dikuatkuasakan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Namun, bagi rakyat Muslim Myanmar, Lebaran tahun ini dibayangi ketegangan ekoran rampasan kuasa tentera pada Februari lalu.

Di Yangon, umat Islam, memulakan pagi mereka dengan solat di masjid-masjid. Disebabkan COVID-19, had 50 jemaah ditetapkan untuk setiap masjid.

Kurang lima peratus daripada 55 juta penduduk Myanmar adalah orang Islam.

Sejak tentera Myanmar itu mengambil alih, parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) yang digulingkan lebih terbuka kepada kaum Rohingya, yang kebanyakannya beragama Islam.

Misalnya, mereka kini dikenali sebagai kaum Rohingya dan bukannya orang Bengali. 

Sumber : CNA/RR/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan