Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Meski Hari Raya pertama, Israel & kumpulan bersenjata Palestin terus berbalas tembakan, bedilan

Kejadian berbalas tembakan dan bedilan antara Israel dengan kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin berterusan hari ini, meskipun pada hari pertama Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Meski Hari Raya pertama, Israel & kumpulan bersenjata Palestin terus berbalas tembakan, bedilan

Bangunan Al-Walid di Gaza yang dibedil Israel dijilat api. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 May 2021 09:41PM Dikemas Kini : 13 May 2021 11:30PM

GAZA: Kejadian berbalas tembakan dan bedilan antara Israel dengan kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin berterusan hari ini, meskipun pada hari pertama Aidilfitri.

Menurut para penduduk Gaza, mereka dalam ketakutan dan cuba meneruskan kehidupan sebaik mungkin.

Ada yang menyifatkan keadaan di Gaza sekarang sebagai kemusnahan paling buruk sejak 2014.

Sekurang-kurangnya 69 orang di Gaza terbunuh dalam keganasan terbaru kali ini. Ini termasuk 16 orang kanak-kanak dan enam orang wanita.

Israel juga dilaporkan sedang mengerahkan lebih ramai askar ke sempadannya dengan Gaza.

Keganasan melibatkan para penduduk Israel dengan penduduk Arab juga semakin memburuk dan sudah merebak ke bandar-bandar Israel yang lain.

Hampir 400 orang diberkas dan ratusan anggota polis dikerahkan untuk mengembalikan keamanan. 

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan