Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hari Raya Aidilfitri di Singapura jatuh pada Khamis, 13 Mei: Mufti

Masyarakat Islam Singapura akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis (13 Mei), umum Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir pada Selasa (11 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masyarakat Islam Singapura akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis (13 Mei), umum Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir pada Selasa (11 Mei).

Berikut teks perisytiharan penuh sambutan awal Syawal di negara ini.

Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi, kerana bulan telah terbenam lebih awal.

Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1442H jatuh pada lusa, Khamis bersamaan 13 haribulan Mei 2021.

Semoga kita dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan menghayati erti kemenangan walaupun dalam keadaan yang serba sederhana.

Saya berdoa agar Allah menerima segala amal ibadah di dalam Ramadan, dan memelihara masyarakat kita dari segala bahaya dan kemudaratan.

Marilah kita teruskan semangat bertanggungjawab yang telah kita perjuangkan sejauh ini.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan