Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hari kedua berturut-turut M'sia lapor lebih 4,000 kes COVID-19

Malaysia menyambut Syawal hari ini dengan kes baru COVID-19 melepasi 4,000 kes buat hari kedua berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Hari kedua berturut-turut M'sia lapor lebih 4,000 kes COVID-19

Seorang penduduk di Malaysia jalani ujian swab COVID-19 pada 18 Nov 2020 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 May 2021 09:50PM Dikemas Kini : 13 May 2021 09:52PM

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut Syawal hari ini dengan kes baru COVID-19 melepasi 4,000 kes buat hari kedua berturut-turut.

Hari ini ia mencatat lagi 4,855 kes baru koronavirus itu petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah berkata peperangan menentang COVID-19 belum tamat.

Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan di seluruh Malaysia mulai semalam (12 Mei), beberapa larangan dikuatkuasakan.

Ini termasuk tiada ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur serta menghadkan bilangan jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau.

Hanya 50 jemaah dibenarkan menunaikan solat Aidilfitri di setiap masjid di Malaysia. 

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan