S R Nathan Dalam Kenangan

Images
  • lee and abe nathan 25 aug
    PM Lee Hsien Loong dan PM Jepun, Shinzo Abe, memberi penghormatan terakhir kepada Encik S R Nathan di Bangunan Parlimen. (Gambar: Xabryna Kek) 
  • abe nathan bow
    PM Jepun Shinzo Abe dan isterinya memberi penghormatan kepada mendiang Encik S R Nathan di Bangunan Parlimen. (Gambar: Xabryna Kek)

PM Jepun, Putera Johor beri penghormatan kepada S R Nathan

SINGAPURA: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan isterinya menyinggah di Singapura hari ini (25 Ogos) untuk memberi penghormatan terakhir kepada mantan Presiden S R Nathan.

Mereka disambut oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong setiba mereka di Bangunan Parlimen, dan turut bertemu dengan Cik Nathan.

Japanese PM Shinzo Abe, who's on a stopover in Singapore, paid his respects to the late S R Nathan at Parliament House. http://bit.ly/2bReVc6

Posted by Channel NewsAsia on Thursday, 25 August 2016

Dalam surat takziah beliau kepada Encik Lee, Encik Abe berkata Encik Nathan menyumbang dalam usaha menyatupadukan rakyat dan terhadap kestabilan dan kemakmuran Singapura.

"Beliau juga fasih berbahasa Jepun dan merupakan sahabat kepada Jepun. Beliau tetamu negara kami pada 2009, dan memainkan peranan penting dalam mengeratkan persahabatan antara Jepun dan Singapura," kata Encik Abe.

Encik Abe dalam perjalanan ke Sidang Antarabangsa Tokyo tentang Pembangunan Afrika di Kenya, yang akan diadakan pada 27 hingga 28 Ogos, apabila beliau menyinggah di Singapura.

Dalam catatan di Facebook malam tadi, PM Lee menarik perhatian bahawa Encik Nathan ketika menjadi Presiden merupakan ketua negara asing yang pertama untuk bertemu dengan para mangsa bom atom Hiroshima, ketika beliau melakukan lawatan negara ke Jepun pada 2009.

"PM Abe menyebut tentang ini kepada Cik Nathan tadi. Ia amat bermakna kepada Jepun," tulis PM Lee.

Beliau juga berkata bahawa dalam surat takziahnya, Encik Abe meluahkan rasa hormat dan syukur atas tindakan berani Encik Nathan semasa insiden rampasan Laju pada 1974.

"Empat pengganas merampas sebuah feri, Laju, dan menahan para anak kapal sebagai tebusan. Selepas lapan hari berunding, mereka akhirnya bersetuju membebaskan para tebusan sekiranya mereka dapat keluar dari Singapura.

"Encik Nathan mengetuai satu delegasi seramai 12 pegawai Singapura sebagai penjamin untuk mengiringi para perampas itu ke Kuwait.

"Mujur, insiden itu berakhir dengan selamat dan tanpa sebarang kematian. Namun ia kejadian yang serius, dan Encik Nathan dengan jelas menunjukkan keberaniannya meskipun berdepan dengan ketidaktentuan dan bahaya," tulis PM Lee.

Beliau menambah: "Saya menghargai PM Abe dan Cik Abe memberi penghormatan terakhir kepada Encik Nathan. Semoga kami menghidupkan warisan Encik Nathan untuk mempertingkatkan lagi hubungan dua hala kami."

PUTERA JOHOR JUGA BERI PENGHORMATAN

Pemangku Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pula mengiringi Putera Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman yang juga hadir di Bangunan Parlimen untuk menandatangani buku takziah.


Beliau kemudian memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Encik Nathan sebelum menyampaikan ucap takziah kepada keluarga mendiang.

- CNA/nd

Komen Anda?

Top