S R Nathan Dalam Kenangan

Images
  • nathan kereta
    Kereta jenazah mendiang S R Nathan. (Gambar: Xabryna Kek)

Perjalanan kereta keranda jenazah S R Nathan akan lalui mercu tanda negara

SINGAPURA: Upacara Persemadian Negara bagi mantan Presiden Singapura Encik S R Nathan akan diadakan di Pusat Kebudayaan Universiti (UCC) Universiti Nasional Singapura dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang esok (26 Ogos).

Menurut Jawatankuasa Penganjur Upacara Persemadian Negara, perjalanan kereta keranda mendiang Encik S R Nathan akan bermula dari Bangunan Parlimen sehingga ke UCC sebelum berlangsungnya Upacara Persemadian Negara.

Perjalanan kereta keranda itu dijadual bermula pada pukul 2.00 petang dan ia akan melalui beberapa mercu tanda yang menjadi kebanggaan negara dan yang ada kaitan dengan mendiang Encik Nathan seperti City Hall, Hotel Fullerton, Pusat NTUC sebelum dibawa ke UCC.

Orang ramai boleh menyaksikan upacara perjalanan kereta keranda tersebut daripada tepi jalan dari Bangunan Parlimen ke UCC.

Upacara Persemadian Negara di UCC akan dihadiri oleh para anggota keluarga mendiang, Presiden, Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Anggota Parlimen, para pegawai kehakiman dan para wakil daripada kedutaan asing.

Rakyat Singapura dari setiap lapisan masyarakat juga diundang untuk menghadiri upacara tersebut.

Upacara Persemadian Negara akan disiarkan secara langsung di Saluran 5, Saluran 8, Suria, Vasantham dan Channel NewsAsia dari jam 2.15 petang.

Siaran serentak bagi upacara tersebut juga boleh diikuti di stesen-stesen radio dan laman www.channelnewsasia.com/rememberingsrnathan dan toggle.sg. 

Selepas Upacara Persemadian Negara, jenazah mendiang Encik Nathan akan dibawa ke Krematorium Mandai bagi satu upacara persemadian privet.

- CNA/aw

Komen Anda?

Top