S R Nathan Dalam Kenangan

Images

Para tokoh S'pura, luar negara kagum sumbangan S R Nathan

SINGAPURA: Para tokoh dan pemimpin masyarakat dari dalam dan luar negara melahirkan rasa kagum atas sumbangan dan perwatakan mantan Presiden S R Nathan.

Mereka ditemui Mediacorp pada akhir Upacara Persemadian Negara bagi mendiang Encik Nathan hari ini (26 Ogos).

Mantan Setiausaha Parlimen Kanan, Yatiman Yusof, berkata: "Teras daripada ucapan-ucapan yang disampaikan tadi ialah mengajak generasi muda Singapura supaya sama-sama mempelajari tentang sejarah Singapura dan bagaimana tokoh-tokoh pejuang tadi telah menyediakan mereka, memberikan mereka peluang untuk membina masa depan Singapura."

Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari pula berkata: "Encik Nathan, sebagai seorang Presiden, beliau selalu mementingkan diri orang lain berbanding diri beliau sendiri."

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan Encik Nathan sebagai seorang sahabat kepada Malaysia.

"Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya Singapura ke Malaysia. Beliau lahir di Malaya pada waktu itu, mempunyai ramai sahabat-sahabat di Malaysia dan saya percaya dan yakin beliau antara pemimpin Singapura yang banyak membantu untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala," ujarnya. 

- CNA/nd

Komen Anda?

Top