Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC: S R Nathan seorang pendamping pekerja, pemimpin rakyat

Gerakan Buruh memberi penghormatan kepada mendiang mantan presiden S R Nathan dengan memanggilnya "rakan seperjuangan, pendamping pekerja dan pemimpin rakyat" dalam satu surat takziah.

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC: S R Nathan seorang pendamping pekerja, pemimpin rakyat

Mantan presiden S R Nathan beri senaskah buku kepada Gerakan Buruh pada 2011. (Gambar: NTUC This Week)

Diterbitkan : 23 Aug 2016 11:26PM Dikemas Kini : 23 Aug 2016 11:30PM

SINGAPURA: Gerakan Buruh memberi penghormatan kepada mendiang mantan presiden S R Nathan dengan memanggilnya "rakan seperjuangan, pendamping pekerja dan pemimpin rakyat" dalam satu surat takziah kepada isteri mendiang.

Surat itu diberikan kepada Puan Nathan pada petang tadi (23 Ogos) oleh Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Mary Liew dan Setiausaha Agung NTUC Chan Chun Sing di upacara privet di rumah Encik Nathan.

Surat itu yang ditulis Cik Liew dan Encik Chan bagi mewakili Gerakan Buruh memuji Encik Nathan bagi semangat waja dan berani beliau pada zaman 1960-an semasa beliau bekerja di Unit Kajian Buruh NTUC, pertama sekali sebagai pembantu pengarah kemudian pengarah.

Semasa tempoh itu, Encik Nathan mendapat kepercayaan para pekerja dan kesatuan termasuk kesatuan pro-komunis walaupun perbezaan politik, ekonomi dan masyarakat tersebut, tulis mereka.

"Beliau turut serta semasa berunding untuk para pekerja dan menggalak pemimpin kesatuan untuk berpegang teguh kepada sebab; sentiasa berada di bawah; dan berubah mengikut masa dengan memerhatikan masa depan.

"Beliau menunjukkan para pemimpin kesatuan apakah makna untuk berdepan dengan para majikan tidak bertanggungjawab dan menjadi Gerakan Buruh yang bertanggungjawab dan memenangkan kerjasama berbanding konfrontasi; dan kerjasama tiga pihak melebihi kepentingan sendiri," tambah kedua-dua Cik Liew dan Encik Chan.

Kedua-duanya mengimbas semula ketika Encik Nathan mengunjungi NTUC pada Mei lalu, beliau nampak gembira dan ada kalanya "bersemangat" apabila berkongsi pendapat beliau mengenai Gerakan Buruh.

"Kami akan merindui cerita penuh inspirasi dari beliau dan pengajaran yang berharga mengenai menjadi pendamping seangkatan kita dan bagaimana Gerakan Buruh perlu di barisan depan perubahan eknomi dan masyarakat supaya semua manfaat dapat diraih rakyat kita."

Pada 1983, Encik Nathan dilantik sebagai pemegang amanah NTUC dan dihadiahkan Anugerah Perkhidmatan Terpuji pada Hari Buruh ke atas perkhidmatan beliau yang berterusan dan tidak mementingkan diri sendiri kepada Gerakan Buruh.

Beliau adalah antara 50 orang yang menerima Anugerah 50 NTUC khas semasa jamuan ulang tahun ke-50 NTUC pada 2011. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan