Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mendaki sertai 3 badan bantu diri lain adakan upacara penghormatan bagi S R Nathan

Kesemuan empat badan bantu diri masyarakat secara bersama juga mengadakan upacara penghormatan bagi mendiang Encik S R Nathan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Aug 2016 09:04PM Dikemas Kini : 25 Aug 2016 10:11AM

SINGAPURA: Kesemuan empat badan bantu diri masyarakat secara bersama juga mengadakan upacara penghormatan bagi mendiang Encik S R Nathan.

Mendiang, kata mereka, memegang teguh nilai-nilai bagi memperkukuh perpaduan dan keharmonian kaum.

Antara prinsip beliau yang penting juga ialah pendidikan kerana mendiang Encik Nathan yakin bahawa hanya melalui pendidikan seseorang dapat meningkatkan kehidupan mereka.

Ini terbukti dengan sokongan yang beliau beri kepada Dana Peningkatan Pendidikan S R Nathan di mana beliau memberi bantuan kepada pelajar-pelajar di politeknik dan ITE.

"Kami di Mendaki juga mempunyai Anugerah Pendidikan S R Nathan yang kami beri dan sejauh ini seramai lima pelajar dari politeknik dan ITE yang memanfaatkan daripada dana ini," Kata CEO Mendaki Tuminah Sapawi.

"Kami badan-badan bantu diri sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama, berganding bahu untuk memastikan para pelajar kami yang memerlukan, dapat dibantu dengan cara yang sistematik," beliau memberitahu BERITAMediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan