S R Nathan Dalam Kenangan

Images
  • S R Nathan Black White
    Mantan Presiden S R Nathan.

Mediacorp utus ucapan takziah kepada keluarga S R Nathan

SINGAPURA: Mediacorp mengutuskan ucapan takziah mendalam kepada keluarga mendiang S R Nathan.

Dalam kenyataannya, Mediacorp menyifatkan mendiang sebagai pegawai pemerintah yang berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Mendiang memperjuangkan nasib golongan yang memerlukan dan memulakan inisiatif Cabaran Presiden.

Antara acara amal di bawah inisiatif tersebut ialah "President Star Charity" yang diterbitkan oleh Mediacorp.

Mendiang juga merupakan Pengarah Lembaga Singapore International Media dari 1996 hingga 1999, yang dikenali sekarang sebagai Mediacorp Pte Ltd. 

- BERITAMediacorp/ru

Top