S R Nathan Dalam Kenangan

Images
  • child goodbye to nathan
    Seorang kanak-kanak melambai sebagai ucapan selamat tinggal kepada mantan Presiden S R Nathan di Bangunan Parlimen. (Gambar: Xabryna Kek)

Laporan bergambar: Ribuan kunjungi Bangunan Parlimen beri penghormatan

SINGAPURA: Ribuan orang, baik muda mahupun tua, mengunjungi Bangunan Parlimen untuk mengucapkan selamat tinggal kepada presiden Singapura yang paling lama berkhidmat, S R Nathan, hari ini (25 Ogos).

Jenazah mendiang S R Nathan ditempatkan di Bangunan Parlimen dari 10.00 pagi tadi, hingga 12.00 tengah hari esok (26 Ogos).

Encik Nathan meninggal dunia pada usia 92 tahun di Hospital Besar Singapura pada Isnin lalu, tiga minggu selepas diserang angin ahmar.

Beliau menerima penghormatan yang tertinggi diberikan negara kepada seseorang pemimpin apabila bendera negara diletak menutupi kerandanya. Pengawal-pengawal khas juga dikerahkan untuk menjaga keranda mendiang sebagai tanda penghormatan kepada Encik Nathan, yang disanjung para pemimpin sebagai "anak jati Singapura."


Bendera negara diletak menutupi keranda dengan lambang bulan sabit dan lima butir bintang diletakkan pada bahagian kepala dan dekat dengan dada jenazah.


Presiden Tony Tan Keng Yam yang pertama di Bangunan Parlimen untuk memberi penghormatan terakhir kepada Encik Nathan. (Gambar: Xabryna Kek)


Para anggota Pasukan Polis Singapura menabik Encik Nathan. (Gambar: Xabryna Kek)



Sesetengah pengunjung menitiskan air mata. (Gambar: Lam Shushan)


Pada kemuncaknya, orang ramai beratur sehingga 3 jam di bawah terik matahari 33 darjah Celsius. (Gambar: Calvin Oh)


Lima pengawal khas mengawal keranda setiap lima jam. Setiap pengawal bekerja syif selama lapan jam, dan bertukar-tukar tugas dengan pengawal lain sebanyak dua hingga tiga kali bagi setiap syif.


Para pengawal khas berlatih selama dua jam sebelum bertugas. Mereka terdiri daripada pegawai tentera darat, laut, udara serta polis. (Gambar: Kane Cunico)


Seorang pengawal khas mengangkat pedangnya bagi menandakan pengawal ditukar. (Gambar: Kane Cunico)




Orang ramai dari pelbagai kumpulan agama memberi penghormatan. (Gambar: Xabryna Kek)


PM Jepun, Shinzo Abe, menandatangani buku takziah bagi Encik Nathan. (Gambar: Xabryna Kek)


Putera Johor Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman memberi penghormatan dengan Pemangku Menteri Pendidikan Ong Ye Kung. (Gambar: Xabryna Kek)


Sebuah keluarga memberi penghormatan kepada Encik Nathan. (Gambar: Kane Cunico)


Beberapa pelajar datang memberi penghormatan selepas kelas (Gambar: Linette Lim)


Keseluruhannya, lebih 20,000 orang memberi penghormatan terakhir di Bangunan Parlimen pada 25 Ogos. (Gambar: Alicia Tantriady)

- CNA/nd

Top