Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jalan-jalan raya sekitar UCC akan ditutup bagi Upacara Persemadian Negara

Beberapa jalan raya dan lorong berhampiran Pusat Budaya Universiti (UCC) Universiti Nasional Singapura akan ditutup dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang esok (26 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Jalan-jalan raya sekitar UCC akan ditutup bagi Upacara Persemadian Negara

Pengawal-pengawal khas di setiap sudut keranda S R Nathan di Bangunan Parlimen. (Gambar: Lam Shu Shan)

Diterbitkan : 26 Aug 2016 12:32AM Dikemas Kini : 26 Aug 2016 12:43AM

SINGAPURA: Beberapa jalan raya dan lorong berhampiran Pusat Budaya Universiti (UCC) Universiti Nasional Singapura akan ditutup dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang esok (26 Ogos).

Ini bagi memberi laluan kepada perjalanan kereta keranda mendiang mantan Presiden S R Nathan.

Kereta keranda mendiang akan meninggalkan Bangunan Parlimen pada 2.00 petang dan Upacara Persemadian Negara akan diadakan dari 3.00 petang esok di UCC.

Polis dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sebelum ini sudah memberi perincian penutupan jalan-jalan raya berhampiran Bangunan Parlimen.

Dalam satu lagi kenyataan bersama, LTA dan polis memberi perinician jalan-jalan raya lain yang akan ditutup:

Kenyataan media itu menambah bahawa Upacara Persemadian Negara itu hanya dibuka kepada para tetamu yang dijemput sahaja, dan polis akan menjalankan sekatan jalan raya dan pemeriksaan keselamatan di dan sekitar UCC pada tempoh itu.

JALAN RAYA DIJANGKA SESAK SEMASA PERJALANAN KERETA KERANDA

Menurut kenyataan itu lagi, aturan-aturan trafik sudah dilakukan untuk mempermudahkan perjalanan kereta keranda dari Bangunan Parlimen ke UCC. Dari 1.45 tengah hari hingga 2.25 petang, keadaan trafik dijangka sesak di jalan-jalan raya ini:

  • Hill Street
  • North Bridge Road
  • Stamford Road
  • Esplanade Drive
  • Fullerton Road
  • Collyer Quay
  • Raffles Quay
  • Cross Street
  • Upper Cross Street
  • Havelock Road
  • Ganges Avenue
  • Alexandra Road
  • Commonwealth Avenue West
  • Commonwealth Avenue
  • Clementi Road

Pihak berkuasa juga menasihati orang ramai supaya jangan melancarkan sebarang pesawat tanpa pemandu, termasuk dron, di atau sekitar UCC, serta di sepanjang laluan perjalanan kereta keranda.


(Infografik: MCI)

KHIDMAT-KHIDMAT BAS DILENCONGKAN

LTA menambah bahawa lapan perkhidmatan bas yang melalui kawasan Bangunan Parlimen - 100, 107, 130, 131, 195, 75, 167 and 961 - akan terus dilencong hingga 5.00 petang esok akibat penutupan jalan-jalan raya itu.

Selain itu, khidmat bas 96 dan 151, yang berhenti di perhentian bas berhampiran UCC, akan dilencongkan buat sementara dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang esok akibat penutupan Kent Ridge Crescent.

Para pegawai polis akan dikerahkan di persimpangan-persimpangan jalan raya yang terjejas.

"Oleh kerana keadaan trafik mungkin sesak di kawasan itu, para pemandu harus menjangkakan kelengahan dan dinasihati merancang laluan perjalanan lebih awal.

"Hanya polis dan kenderaan kecemasan dibenarkan masuk ke jalan-jalan raya yang ditutup. Sekatan peletakan kenderaan akan dikuatkuasakan dengan ketat. Kenderaan yang diletakkan secara haram atau menyebabkan sekatan akan ditunda," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai soalan tentang perjalanan kereta keranda atau Upacara Persemadian Negara boleh menghubungi talian 6336 1166. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan