Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jalan-jalan raya sekitar Bangunan Parlimen akan ditutup bagi orang ramai beri penghormatan terakhir

Beberapa jalan raya dan lorong akan ditutup kepada kenderaan bermula malam ini (24 Ogos), sebelum jenazah mantan Presiden S R Nathan ditempatkan di Bangunan Parlimen.

Anggaran Waktu Membaca:
Jalan-jalan raya sekitar Bangunan Parlimen akan ditutup bagi orang ramai beri penghormatan terakhir

Bendera Negara dikibarkan separuh tiang menyusuli pemergian mantan Presiden S R Nathan. (Gambar: Nisha Karyn)

Diterbitkan : 24 Aug 2016 08:37AM Dikemas Kini : 24 Aug 2016 09:43AM

SINGAPURA: Beberapa jalan raya dan lorong akan ditutup kepada kenderaan bermula malam ini (24 Ogos), sebelum jenazah mantan Presiden S R Nathan ditempatkan di Bangunan Parlimen.

Encik Nathan meninggal dunia kelmarin di Hospital Besar Singapura (SGH).

Jenazah mendiang Encik Nathan akan ditempatkan di Bangunan Parlimen mulai 10.00 pagi esok hingga tengah hari lusa. Setelah itu, Upacara Persemadian Negara akan diadakan untuk mendiang di Pusat Kebudayaan Universiti di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Orang ramai boleh memberi penghomatan terakhir kepada mantan Presiden itu di Bangunan Parlimen dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam esok.

Penutupan jalan raya akan bermula sebelum itu pada malam ini. Dalam satu kenyataan bersama semalam, polis dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberikan perincian mengenai penutupan jalan raya itu:

Akibat penutupan jalan raya tersebut, lapan perkhidmatan bas yang melalui kawasan di sekitar Bangunan Parlimen akan dilencongkan buat sementara waktu esok. Khidmat-khidmat bas yang terjejas adalah:

PANDUAN BERGUNA JIKA ANDA MAHU BERI PENGHORMATAN

Menurut kenyataan itu lagi, polis akan mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan keselamatan di dan sekitar kawasan Bangunan Parlimen semasa tempoh itu. Para pegawai polis dan Pegawai Polis Tambahan akan ditempatkan di semua persimpangan jalan raya yang terjejas untuk mengarahkan lalu lintas kenderaan.

Jurucakap polis berkata: "Polis akan bekerjasama dengan agensi-agensi relevan untuk menjaga keselamatan semasa orang ramai memberi penghormatan.

"Pemeriksaan keselamatan terhadap para individu dan barangan milik mereka akan dijalankan sebelum mereka masuk ke Bangunan Parlimen. Ini mungkin termasuk melalui gantri pengesan besi bagi para individu dan mesin x-ray bagi barangan peribadi.

"Orang ramai dinasihati supaya jangan membawa beg besar dan barangan seperti objek tajam, kerana ini boleh memperlahankan proses pemeriksaan keselamatan."

Dalam kenyataan bersama itu, LTA dan polis menambah: "Semasa penutupan jalan raya, akses akan hanya diberikan kepada polis dan kenderaan kecemasan. Hanya kenderaan dengan label yang diluluskan dibenarkan masuk ke tempat letak kereta. Sekatan meletak kenderaan di tepi jalan raya akan dikuatkuasakan dengan ketat. Kenderaan-kenderaan yang diletak secara haram atau menyebabkan sekatan akan ditunda."

Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang mantan Presiden juga dinasihati supaya berjalan kaki ke Padang menerusi St Andrew's Road untuk beratur, menurut kenyataan itu, bagi pihak Jawatankuasa Penganjur Upacara Persemadian Negara.

Orang ramai juga boleh menelefon 6336 1166 sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang penutupan jalan raya.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan