S R Nathan Dalam Kenangan

Images
  • yaacob ibrahim
    Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim. (Gambar fail: Channel NewsAsia)

Dr Yaacob terkilan tidak dapat hadir Upacara Persemadian Negara

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim yang berada di luar negara, melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat menghadiri Upacara Persemadian Negara mendiang mantan Presiden S R Nathan.

Beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam berkata, keprihatinan dan sokongan mendiang terhadap masyarakat Melayu/Islam akan terus memberi inspirasi kepada generasi di masa depan.

Menulis di laman Facebooknya hari ini (26 Ogos), Dr Yaacob mengenang jasa mendiang yang mengabdikan kehidupannya untuk berkhidmat kepada Singapura dan rakyat negara ini.

Encik Nathan, katanya, merupakan seorang pemimpin berwawasan dan diplomat yang mahir.

Dr Yaacob mengingati kata-kata mutiara mendiang, bahawa apabila rakyat bekerja keras dan secara ikhlas, lebih banyak boleh dicapai.

- BERITAMediacorp/nd

Top