Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 eulogi bagi Encik S R Nathan di Upacara Persemadian Negara esok

Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Profesor Tommy Koh, Encik Zainul Abidin Rasheed, Cik Jennie Chua, Encik Ramaswamy Athappan, Encik Chan Chun Sing dan Encik Gopinath Pillai akan menyampaikan eulogi masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
7 eulogi bagi Encik S R Nathan di Upacara Persemadian Negara esok

Mantan Presiden S R Nathan. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 25 Aug 2016 02:01PM Dikemas Kini : 25 Aug 2016 02:02PM

SINGAPURA: Sebanyak tujuh eulogi akan disampaikan di Upacara Persemadian Negara bagi mantan Presiden S R Nathan pada Jumaat (26 Ogos).

Demikian menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) hari ini (25 Ogos).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Profesor Tommy Koh, Encik Zainul Abidin Rasheed, Cik Jennie Chua, Encik Ramaswamy Athappan, Encik Chan Chun Sing dan Encik Gopinath Pillai akan menyampaikan eulogi masing-masing di Upacara Persemadian Negara yang akan berlangsung dari pukul 3 petang hingga 5 petang di Pusat Kebudayaan Universiti, Universiti Nasional Singapura (NUS) esok (26 Ogos).

Selepas kesemua eulogi itu disampaikan, PM Lee akan meletakkan lingkaran bunga, yang kemudian akan disusuli dengan penyerahan Bendera Negara oleh Presiden Tony Tan Keng Yam.

Para hadirin akan bertafakur selama seminit sebelum keranda mendiang Encik S R Nathan dibawa keluar dari Dewan UCC bagi menandakan berakhirnya Upacara Persemadian Negara.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan