Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wisma Geylang Serai anjur GeylangBazaar.Online pertama seumpamanya

Wisma Geylang Serai (WGS) bakal menganjurkan GeylangBazaar.Online bagi menggantikan Bazar Raya Geylang Serai yang dibatalkan tahun ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan lanjut pandemik COVID-19 sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Wisma Geylang Serai (WGS) bakal menganjurkan GeylangBazaar.Online bagi menggantikan Bazar Raya Geylang Serai yang dibatalkan tahun ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan lanjut pandemik COVID-19 sekarang. Demikian diumumkan WGS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (18 Apr).

Pembatalan Bazar Raya Geylang Serai serta bazar-bazar lain di bawah penganjuran Persatuan Rakyat (PA) di seluruh negara pada bulan Ramadan ini mendorong ramai vendor beralih ke wadah digital demi meneruskan perniagaan mereka.

(Gambar: Wisma Geylang Serai)

Lantaran itulah, WGS tumpang sekaki dengan menyediakan satu lagi wadah online buat para peniaga bazar tradisional untuk terus menjual stok mereka dan mengurangkan kes kerugian.

Dinamakan GeylangBazaar.Online, wadah tersebut direka sedemikian rupa agar ia menitikberatkan kepentingan masyarakat.

(Gambar: Wisma Geylang Serai)

Lebih penting lagi, ia juga memenuhi langkah menjaga jarak selamat di tengah-tengah penularan virus korona.

Wadah e-dagang itu turut dilengkapi dengan pusat kawalan jauh khusus yang akan menyelia rangkaian bekalan, logistik serta bantuan khidmat pelanggan untuk memastikan pesanan online dapat dibekalkan dengan lancar. Ia juga mengesahkan bahawa hanya produk-produk bersijil Halal atau yang diedarkan oleh syarikat Muslim sahaja akan dijual di bazar online tersebut.

(Gambar: Wisma Geylang Serai)

Selain itu, ia juga akan bergantung kepada mekasnime penghantaran komprehensif yang akan mengambil barang-barangan dipesan oleh vendor untuk dihantar terus ke depan pintu pelanggan supaya mereka tidak perlu meninggalkan rumah.

Sepanjang tempoh bazar itu diadakan, kandungan pengaturcaraan online akan disediakan untuk menarik kunjungan orang ramai ke wadah maya tersebut dan meneruskan pendampingan masyarakat.

(Gambar: Wisma Geylang Serai)

Mentelah lagi, dengan pengenalan Bazar Raya online buat pertama kalinya tahun ini, ia mampu menyokong, mendidik dan memperkasa para peniaga bazar tradisional untuk meneroka cara penggunaan kaedah digital dalam perniagaan iaitu sejajar dengan inisiatif Negara Bijak.

Bagi tujuan itu, WGS akan bekerjasama dengan kontraktor dilantik ScreenBox Pte Ltd untuk membantu para vendor yang tidak biasa dengan pemasaran dan penjualan online.

BAGAIMANA UNTUK TURUT SERTA?

Pembukaan bagi penyertaan usahawan yang berminat akan bermula pada 18 April 2020, jam 9.00 malam. Pengumuman secara langsung itu akan dibuat di laman Facebook WGS serentak dengan laman Facebook ScreenBox Pte Ltd.

Peniaga yang berminat juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan berhubung GeylangBazaar.Online kepada para wakil dari WGS dan Screenbox menerusi talian sembang secara langsung.

JANGKAKAN KANDUNGAN DIGITAL PELBAGAI GENRE

Bagi terus menyemarakkan lagi semangat perayaan walaupun menerusi wadah online, WGS akan menawarkan kandungan digital percuma di wadah media sosialnya dengan tujuan mahu menarik ramai pengunjung ke platform itu.

Kandungan video baru dan pelbagai itu meliputi genre persembahan muzikal, rancangan memasak, sketsa komedi, tip kesihatan, sesi senaman serta banyak lagi. Semestinya, kesemua kandungan yang akan dimuat naik adalah mesra keluarga dan sesuai untuk disiarkan semasa Ramadan.

Bukan itu sahaja, sebagai sebahagian daripada kempen SG United, WGS juga akan menganjurkan program pendekatan yang tular di mana anggota masyarakat boleh mengikut serta dan berentap dengan orang yang tersayang dalam persekitaran selamat di rumah masing-masing.

Para pemenang program tersebut, yang akan diadakan sepanjang Ramadan ini, berpeluang memenangi Apple Air pods dan baucar Harvey Norman.

Dengan kesemua senarai program itu, WGS berharap ia dapat memberikan pengalaman intuitif, lancar lagi menyeronokkan buat perniagaan dan pengguna sekali gus mengukir sedikit senyuman kepada mereka di saat menjalani ibadah puasa serta membuat persiapan menjelang Aidilfitri sewaktu masa mencabar ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan