Skip to main content

Iklan

Iklan

Solat Aidilfitri di rumah lebih utama: Majlis Ulama Indonesia di Yogyakarta

Majlis Ulama Indonesia (MUI) Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) mengumumkan bahawa solat Aidilfitri di rumah masing-masing di tengah-tengah situasi pandemik kini lebih penting daripada berjemaah di sebuah masjid demi mengelakkan risiko penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Solat Aidilfitri di rumah lebih utama: Majlis Ulama Indonesia di Yogyakarta

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 14 May 2020 10:05AM Dikemas Kini : 14 May 2020 10:09AM

YOGYAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) mengumumkan bahawa solat Aidilfitri di rumah masing-masing di tengah-tengah situasi pandemik kini lebih penting daripada berjemaah di sebuah masjid demi mengelakkan risiko penularan COVID-19.

"Mencegah bahaya wajib dalam Islam, mencegah bahaya mesti diutamakan daripada menarik kemanfaatan," kata Ketua Jawatankuasa Fatwa MUI DIY Makhrus Munajat di Yogyakarta pada Rabu (13 Mei).

Menurut Encik Makhrus, ini merujuk kepada ketentuan keadah fiqh iaitu menghindari potensi kerosakan atau bahaya didahulukan daripada mengambil keuntungan.

Perhimpunan beramai-ramai, menurutnya, juga mempunyai manfaat dan mudarat pada masa yang sama. Selain manfaat mengeratkan silaturahim, dalam keadaan sekarang, majlis keramaian juga boleh menyebabkan penularan COVID-19.

"Sekiranya ada dua perkara yang berkemungkinan, keutamaan adalah mencegahnya, bukan menerimanya," katanya.

Menurut Encik Makhrus lagi, melakukan solat Aidilfitri di rumah dalam keadaan semasa mempunyai pahala yang lebih besar daripada beribadah di masjid. Sebabnya, selain daripada berusaha mencegah risiko penularan COVID-19, keputusan itu adalah satu bentuk mematuhi pemerintah sebagai ulil amri yang telah menggesa para penduduk untuk beribadah di rumah.

"Dasar negara berdasarkan pertimbangan sepasukan pakar perubatan yang menyatakan bahawa berhimpun beramai-ramai walaupun untuk merayakan kegiatan keagamaan ternyata lebih berbahaya," kata Wakil Ketua DIY PWNU itu.

Dalam keadaan sekarang, beliau juga menyebutkan bahawa usaha pemerintah untuk melakukan sekatan demi mencegah orang ramai berhimpun adalah dibenarkan kerana mencegah bahaya dalam Islam adalah wajib.

"Boleh, negara pada satu-satu masa mengenakan sekatan kepada mereka yang berhimpun dengan alasan mencegah bahaya di masa depan," katanya.



Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Ramadan: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/ANTARA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan