Skip to main content

Iklan

Iklan

PM Lee ucap selamat berpuasa kepada umat Islam S'pura; semoga tabah beribadah di tengah COVID-19

Dengan umat Islam setempat dijangka memulakan ibadah puasa esok (24 Apr) dalam suasana yang "sangat berbeza", PM Lee Hsien Loong melahirkan harapan agar mereka memahami keputusan di sebalik melanjutkan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 yang diperketatkan oleh Pemerintah. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dengan umat Islam setempat dijangka memulakan ibadah puasa esok (24 Apr) dalam suasana yang "sangat berbeza", Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan harapan agar mereka memahami keputusan di sebalik melanjutkan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 yang diperketatkan oleh Pemerintah.

"Semuanya demi menghapuskan wabak ini dan melindungi kita semua," kata beliau dalam satu catatan Facebook hari ini (23 Apr).

Semasa mengongsikan bahawa awal Ramadan dijangka bermula esok di Singapura, beliau berkata
bulan ibadah puasa itu ternyata amat berbeza tahun ini buat masyarakat Islam tempatan.

"Rakan-rakan Muslim kita tidak dapat mengerjakan ibadah secara berjemaah di masjid seperti sembahyang tarawih kerana masjid-masjid masih ditutup. Mereka juga tidak dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama sanak saudara dan kenalan seperti yang biasa diamalkan," ujarnya.

Namun demikian, PM Lee berbesar hati setelah mendapat tahu bahawa MUIS menyediakan pelbagai wadah dan bahan online seperti SalamSG TV untuk terus menyemarakkan semangat Ramadan.

Beliau turut berharap agar umat Islam setempat akan memanfaatkan masa tersebut untuk bermuhasabah dan mengeratkan ikatan kekeluargaan menerusi amal ibadah.

"Kepada semua umat Islam, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadan ini menyediakan waktu buat renungan dan peluang beribadah bersama keluarga yang terdekat," ucap PM Lee.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan