Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peniaga Johor terjejas teruk ketiadaan bazar, pelanggan S'pura

Langkah kerajaan Malaysia melarang kegiatan bazar Ramadan tahun ini memberi tamparan hebat kepada para peniaga di Johor. Ini kerana jumlah pelanggan mereka dari Singapura juga menjunam kerana warga asing tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 May 2020 07:58PM Dikemas Kini : 10 May 2020 09:10PM

JOHOR BAHRU: Langkah kerajaan Malaysia melarang kegiatan bazar Ramadan tahun ini memberi tamparan hebat kepada para peniaga di Johor.

Ini kerana jumlah pelanggan mereka dari Singapura juga menjunam kerana warga asing tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Selama bertahun-tahun lamanya, para pelanggan dari Singapura memang menjadi 'lubuk emas' bagi para peniaga di Johor, kerana mereka banyak berbelanja bagi pelbagai keperluan Ramadan dan Hari Raya.

NIAGA ONLINE RUGI BERBANDING NIAGA BAZAR

Antara pusat yang sering 'diserang' para pelanggan dari Singapura di Johor termasuklah Angsana Mall. Pusat beli-belah itu bagaimanapun sunyi-sepi kali ini.

Selalunya setiap Ramadan keadaan di situ amat sibuk dengan pelbagai kegiatan dan orang ramai mempunyai banyak pilihan juadah berbuka puasa.

Namun pandemik COVID-19 menjejas hebat jumlah pelanggan dalam dan luar negeri.

Bazar Ramadan kini dilarang beroperasi sebagai sebahagian daripada langkah membendung penularan COVID-19 di Malaysia.

Antara peniaga mapan di sana termasuklah Encik Iezla Malik, yang sudah 14 tahun menjual kuih-muih tradisional di bazar Ramadan.

Namun kali ini, beliau hanya bergantung kepada tempahan secara online dan hanya boleh membuat penghantarannya dalam kawasan jarak 10 kilometer.

"Kalau dekat bazar, bukan orang Johor sahaja. Kita ada pelanggan dari Singapura, Kuala Lumpur. Agak rugi sebab apa, kuantiti yang kita buat untuk persiapan bazar, tak sama," keluh Encik Iezla.

"Ada kerugian besar untuk peniaga-peniaga. Suasana bekerja dah tak ada. Semuanya menerusi telefon, WhatsApp, tidak ada 'feel' lagi," tambah beliau.

70% PELANGGAN WARGA S'PURA

Ia juga masa-masa sukar bagi tukang jahit bernama Jamil Sukaini. Butiknya yang menjual tempahan baju tradisional Melayu mengalami kerugian besar kerana kedai terpaksa ditutup.

Ini kerana jenis perniagaannya bukan dianggap sebagai perkhidmatan penting dan perlu ditutup buat sementara kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekitar 70 peratus pelanggannya merupakan rakyat Singapura yang tidak dapat masuk ke Malaysia semasa tempoh PKP.

Ditanya tentang reaksi para pelanggan, Encik Jamil menjawab: "Sebenarnya, ada juga yang tanya, telefon, macam mana nak ambil, baju saya dah siap ke belum? Bolehkah Encik Jamil hantar atau poskan? Tapi masalahnya, saya tak boleh nak bagi jawapan yang pasti. Sekarang masih perintah berkurung, antara dua kerajaan pun belum lagi buka sempadan."

Meskipun demikian, Encik Jamil tetap bersikap optimis.

Beliau merancang menjual pakaian yang sudah siap dijahit di wadah online, menyertai ratusan ribu perniagaan lain yang kini sudah mendakap platform digital untuk berniaga.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan