Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja barisan hadapan, keluarga Muslim memerlukan tidak dilupakan: Heng Swee Keat

Pekerja barisan hadapan serta keluarga Muslim yang memerlukan tidak dilupakan sedang masyarakat setempat melalui Ramadan di tengah-tengah pandemik COVID-19, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam catatan Facebook pada Ahad (26 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja barisan hadapan, keluarga Muslim memerlukan tidak dilupakan: Heng Swee Keat

(Gambar: Facebook/Heng Swee Keat)

SINGAPURA: Pekerja barisan hadapan serta keluarga Muslim yang memerlukan tidak dilupakan sedang masyarakat setempat melalui Ramadan di tengah-tengah pandemik COVID-19, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam catatan Facebook pada Ahad (26 Apr).

Mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam, Encik Heng berkata bahawa berbuka puasa lazimnya adalah masa untuk keluarga dan sahabat handai berkumpul.

Namun di tengah-tengah penularan virus korona, beliau akui Ramadan kali ini tidak seperti yang sudah.

"Akibat pandemik (COVID-19), tiada sembahyang berjemaah dan tiada buka puasa beramai-ramai," kata beliau.

Menukil contoh inisiatif Buka Puasa #SGUnited, Encik Heng memberi jaminan mereka yang memerlukan tidak akan dilupakan.

"Semangat Ramadan terus mekar di tengah-tengah cabaran COVID-19. Kami tidak melupakan keluarga Muslim yang memerlukan dan mereka yang bekerja di barisan hadapan," kata Encik Heng.

"Menerusi Buka Puasa #SGUnited, 20,000 hidangan makanan percuma disiapkan setiap hari kepada keluarga memerlukan dan pekerja barisan hadapan. Juadah ini diagihkan di 20 kelab masyarakat merata negara, termasuk di Tampines Central CC (Hab Tampines Kita) dan Tampines East CC."

Sabtu lalu, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan inisiatif #SGUnited Buka Puasa sempena Ramadan yang menyasarkan pengagihan sebanyak 15,000 hidangan makanan percuma setiap hari.

Namun setelah menerima sambutan luar biasa, daya usaha bersama rakan-rakan masyarakat itu - Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), Persatuan Rakyat (PA), Roses of Peace serta Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) - meningkatkan sasaran agihan kepada 20,000.

Dalam catatannya, Encik Heng juga memuji semangat kemasyarakatan yang tidak luntur di tengah-tengah pandemik yang melanda, dan mengajak anggota masyarakat bukan Muslim menyumbang sama.

"Kepada rakan-rakan bukan Muslim, anda juga boleh membantu dengan menyumbang derma atau meluangkan waktu sebagai relawan," kata beliau.

Beliau menambah: "Kehidupan seharian kita terganggu akibat virus ini. Ini lebih-lebih lagi sukar semasa Ramadan. Namun saya berbesar hati ini tidak melenturkan semangat kemasyarakatan kita."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Ramadan: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan