Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pek Ramadan, juadah berbuka bawa keceriaan kepada pekerja asing

Sebanyak 3,500 sejadah diagihkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sejak dua hari lalu kepada pekerja asing yang tinggal di kilang yang ditukar menjadi dormitori, menurut MUIS pada Sabtu (9 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 May 2020 05:16PM Dikemas Kini : 10 May 2020 02:05AM

SINGAPURA: Sebanyak 3,500 sejadah diagihkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sejak dua hari lalu kepada pekerja asing yang tinggal di kilang yang ditukar menjadi dormitori, menurut MUIS pada Sabtu (9 Mei).

Pengagihan sejadah tersebut, yang didermakan oleh orang awam dan masjid-masjid setempat, adalah sebahagian usaha MUIS dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk menjaga kebajikan pekerja asing Muslim dan membolehkan mereka terus menjalankan ibadah Ramadan ini.

Sekitar 300 pekerja asing beragama Islam di dormitori di Kian Teck Drive menerima sejadah mereka hari ini (9 Mei) berserta pek Ramadan seperti kurma dan susu.

Acara hari ini dilakukan dengan kerjasama Masjid Maarof di Jurong West serta Alliance of Guest Workers Outreach (AGWO).

Menteri Negara MOM merangkap Pembangunan Negara Zaqy Mohamad dan Timbalan Mufti Dr Mohammad Hannan Hassan turut turun padang untuk membantu mengagihkan bungkusan Ramadan itu kepada pekerja.

Dalam pesanan ringkasnya sebagai memberi sokongan kerohanian kepada pekerja, Dr Hannan mengingatkan mereka tentang pentingnya mematuhi nasihat-nasihat kesihatan yang ditetapkan, menurut kenyataan MUIS.

Dr Hannan juga melahirkan penghargaannya kepada masyarakat awam atas keprihatinan terhadap kesejahteraan warga asing serta sokongan yang dihulurkan kepada MUIS dan pelbagai agensi untuk membantu golongan pekerja itu.

DERMA S$40,000 UNTUK IFTAR PEKERJA ASING

Dalam kenyataannya hari ini, MUIS berkata pihaknya menerima sumbangan lebih S$40,000 daripada seorang penderma yang tidak mahu dikenali.

Derma tersebut menurut MUIS adalah untuk membekalkan juadah berbuka puasa selama lima hari bagi pekerja asing.

Dalam pada itu MUIS dan masjid juga bekerjasama dengan badan amal Free Food For All (FFFA) dan The Food Bank Singapore untuk menyediakan juadah berbuka puasa kepada 1,200 pekerja asing Muslim yang tinggal di pelbagai kilang yang dijadikan dormitori pada 10 hari terakhir Ramadan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan