Ramadan 2020

Images
  • covid us ramadan

Masyarakat Islam Amerika teruskan ibadah puasa dalam keadaan getir

NEW YORK: Di tengah-tengah pandemik COVID-19 semasa bulan Ramadan sekarang, masyarakat Islam Amerika tetap meneruskan ibadah puasa dan berkongsi rezeki dengan jiran tetangga.

Namun kali ini, mereka perlu menempuhi cabaran-cabaran lebih getir dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Kalau dulu, bulan Ramadan disambut dengan kegiatan berkumpul beramai-ramai untuk berbuka dan bersolat, suasana di Pusat Kebudayaan An-Noor di New York kini amat berbeza.

Terletak tidak jauh dari Hospital Elmhurst di mana ramai pesakit COVID-19 sedang dirawat, para sukarelawan sibuk menyiapkan kotak-kotak makanan untuk masyarakat sekeliling.

Dengan ramai penduduknya kaum pendatang, permintaan bagi bantuan telah bertambah akibat kehilangan pekerjaan dek COVID-19.

Di Chicago pula, kegiatan harian Jumana Azam lebih mencabar kerana selain perlu berpuasa, beliau bertugas sebagai barisan hadapan menentang COVID-19 di Pusat Perubatan Universiti Rush.

Namun, beliau bangga kerana dapat bertahan meskipun terpaksa mengharungi 16 jam bertugas tanpa henti.

Bagi Ricardo Ramirez di Houston yang baru memeluk agama Islam tahun lalu, beliau dahagakan sokongan rakan-rakan Islam di masjid.

Beliau bagaimanapun, seperti ramai penduduk Islam yang lain di Amerika, kini tetap meningkatkan ibadah walaupun terpaksa bersendirian atau bersama keluarga sendiri sahaja sejajar dengan langkah-langkah jarak selamat.

- Agensi berita/AA/fz

Top