Ramadan 2020

Images
  • grab delivery
    Gambar fail seorang pekerja penghantaran GrabFood. (Gambar: Jeremy Long)

GrabFood lancar ciri #ForYourDeliveryPartner; peluang untuk pelanggan 'belanja makan' penghantar makanan sempena Ramadan

SINGAPURA: Sejak awal tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 di Singapura, kerap kali kita terdengar berita menyejukkan hati di mana pelanggan memesan juadah atau minuman online bukan buat diri mereka sendiri tetapi untuk diberikan kepada pekerja penghantaran makanan yang bertungkus lumus memenuhi permintaan.

Mentelah lagi dalam bulan Ramadan ini, kesibukan mereka semakin bertambah sehingga ada sesetengah pekerja penghantaran makanan yang beragama Islam terpaksa berbuka puasa di tepi jalan buat sejenak sebelum menyambung tugasan dan hanya 'berbuka' dengan betul pada lewat malam.

Bagi menyuntik sedikit keceriaan kepada para pekerjanya itu, Grab baru-baru ini melancarkan satu ciri dipanggil #ForYourDeliveryPartner yang menyediakan peluang untuk pelanggan menunjukkan penghargaan mereka kepada golongan 'riders'.


(Petikan skrin daripada aplikasi GrabFood.)

Dengan ciri tersebut, pelanggan kini boleh langsung membelikan makanan bagi pekerja penghantaran ketika membuat pesanan mereka tanpa perlu membuat permintaan khas lagi di ruangan "special request".

Ciri berkenaan disediakan dari 11 Mei hingga 7 Jun apabila pelanggan membuat pesanan di aplikasi GrabFood daripada 14 restoran halal tempatan. Antaranya termasuk pilihan popular seperti nasi lemak Crave, Tuk Tuk Cha, Maki-San dan Pezzo.

Mudah saja caranya - hanya tekan #ForYourDeliveryPartner di menu restoran terpilih itu dan masukkan makanan atau minuman ke dalam 'bakul' pesanan.

Pihak restoran pula akan membungkuskan pesanan secara berasingan. Apabila anda ingin membuat pembayaran, maklumkan terlebih dahulu kepada pekerja penghantaran makanan bahawa anda juga ada membelikannya juadah. Ini dengan menuliskan mesej di bahagian nota yang menyatakan di mana mereka harus meninggalkan pesanan anda di luar kediaman anda.


Jalan pintas atau "shortcut" ke ciri #ForYourDeliveryPartner juga terdapat di halaman utama aplikasi GrabFood, jadi senanglah untuk anda melihat senarai restoran berhampiran sebelum membuat pilihan.

Inisiatif GrabFood ini bukan sahaja mencerminkan betapa syarikat itu menjaga kebajikan para pekerja penghantaran makanannya bahkan juga satu wadah bagi masyarakat membakar semangat mereka untuk terus bekerja keras, menerusi gerak budi baik yang dilantunkan.

- BERITAmediacorp/FZ/fz

Top