Skip to main content

Iklan

Iklan

7 sekeluarga di Solo positif COVID-19 akibat tarawih di masjid

Sebuah keluarga tujuh beranak disahkan positif COVID-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid.

Anggaran Waktu Membaca:
7 sekeluarga di Solo positif COVID-19 akibat tarawih di masjid

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 16 May 2020 12:52AM Dikemas Kini : 16 May 2020 12:56AM

JAKARTA: Sebuah keluarga tujuh beranak disahkan positif COVID-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid.

Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyotakan, Solo itu terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita termasuk kanak-kanak berusia dua tahun.

"Keluarga ini dijangkiti daripada bapa berusia 58 tahun yang bersolat tarawih di masjid," kata pegawai pencegahan COVID-19 Kota Solo, Ahyani pada Rabu (13 Mei)

"Ujian swab menunjukkan semua mereka positif apabila ketua keluarga itu mula mengalami gejala.

"Saringan kontak rapat mendapati enam ahli keluarganya turut positif dan menunjukkan gejala," katanya seperti dilaporkan Kompas.

Pihak berkuasa kini sedang mengesan punca penularan wabak di masjid dan kontak rapat lelaki itu.

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 16,496 kes, dengan 33 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, pada Jumaat (15 Mei).

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,076 orang, sejak kematian pertama berlaku pada 11 Mac lepas.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 490 kes baru dilaporkan, manakala pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu berjumlah 34,360 orang," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Wilayah Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 460 kes, diikuti Jawa Timur (178 kes), Jawa Barat (100), Jawa Tengah (70) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan