Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trak makanan kelilingi setinggan Jakarta, agih makanan sempena Ramadan

Keluarga-keluarga susah di beberapa kawasan setinggan di Jakarta sekali lagi mendapat bantuan makanan percuma untuk berbuka puasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jun 2018 05:47PM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 12:59AM

JAKARTA: Keluarga-keluarga susah di beberapa kawasan setinggan di Jakarta sekali lagi mendapat bantuan makanan percuma untuk berbuka puasa.

Trak makanan kendalian sebuah kumpulan kemanusiaan menyediakan makanan bagi golongan memerlukan sejak tahun lalu.

Kenderaan berwarna warni sepanjang lapan meter dipanggil
"Trak Makanan Kemanusiaan", menjelajah ke kawasan-kawasan penduduk miskin, masjid dan hospital sepanjang bulan Ramadan.

Trak tersebut mempunyai sebuah dapur serba lengkap yang boleh menghasilkan 1,000 bungkusan makanan setiap hari.

Joni Kusuma ialah seorang tukang masak berpengalaman selama 20 tahun. Beliau menjadi relawan program tersebut sejak dua tahun lalu.

"Peralatan yang kita adakan di sini adalah peralatan yang sangat canggih - pemanas air, periuk nasi dan sebagainya, yang mengikut seperti 'standard hotel'," kata seorang relawan, Cik Joni Kusuma.

Setiap paket makanan mengandungi nasi, daging atau ayam dan sayur. Para relawan yang membantu menyediakan hidangan-hidangan itu.

Sejam sebelum waktu berbuka, orang ramai sudah beratur panjang.

Trak itu juga boleh dihantar ke kawasan-kawasan bencana.

Pada April lalu, ia dikerahkan ke Banjanegara, Jawa Tengah untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh.

Buat pertama kalinya juga, kumpulan kemanusiaan ini melancarkan "Kapal Ramadan" untuk mengagihkan makanan ke tempat-tempat yang sukar dituju melalui jalan darat.

Ia dijangka selesai misinya ke beberapa pulau di Nusa Tenggara hujung minggu ini. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan