Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Rempah Kehidupan" sumbangan penerima Roda-roda Ramadan

Buku resipi "Rempah Kehidupan" lebih daripada menyebatikan hubungan antara relawan dan penerima Roda-roda Ramadan (ROW).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Buku resipi "Rempah Kehidupan" lebih daripada menyebatikan hubungan antara relawan dan penerima Roda-roda Ramadan (ROW).

Ia juga sebagai peluang untuk para penerima membuat sumbangan bermakna kepada masyarakat walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Hasil buku projek khas itu dilancarkan hari ini (21 Apr) sempena perasmian program tahunan ROW oleh Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu, 4PM, yang bertujuan membantu keluarga kurang berkemampuan.

4PM USUL INISIATIF BARU, PENERIMA BERI SUMBANGAN

Sudah masuk 18 tahun program Roda-roda Ramadan (ROW) dijayakan tetapi 4PM dan sekumpulan relawannya belum kenal erti lelah.

Malah, banyak insiatif baru menyusul demi memastikan para penerima raih maslahat yang seeloknya.

Misalnya kali ini, ada dalam kalangan penerima juga selaku penyumbang, berkongsi resipi-resipi masakan mereka untuk dibukukan.

Kutipan jualan buku "Rempah Kehidupan" ini kemudian akan digunakan untuk membiayai program dampingan enam bulan ROW di mana mereka sendiri memperoleh manfaatnya.

ROW BANTU PERTINGKAT KEMAHIRAN GOLONGAN FAKIR

Pada dasarnya, program ROW menolong golongan fakir menerusi agihan habuan makanan dan baucar serta projek ubah elok rumah sebagai persiapan menjelang Syawal.

Tetapi ia turut menerapkan pelbagai program berguna seperti bengkel-bengkel motivasi, kesihatan dan SkillsFuture untuk membantu pertingkatkan lagi mutu kehidupan mereka.

Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan, Dr Muhammad Faishal Ibrahim memuji komitmen 4PM menghulurkan khidmat sosial dengan membentuk rangkaian lebih 7,000 sukarelawan belia dan pelajar.

Ini kerana usaha orang ramai adalah tulang belakang kepada kekukuhan sesebuah masyarakat, kata beliau.

"Landasan seperti ini membuka peluang kepada anak-anak kita untuk mendapat inspirasi tentang bagaimana mereka boleh memainkan peranan untuk menyumbang kepada masyarakat - sikit-sikit, lama-lama jadi bukit," kata Dr Faishal.

Dr Faishal berharap semua program yang dilakarkan 4PM dalam ROW dapat menyuntik semangat 350 penerima tahun ini untuk memimpin keluarga mereka kecapi tahap kehidupan lebih baik. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan