Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob & PM Lee ucap Selamat Hari Raya kepada umat Islam

Presiden Halimah Yacob mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah Yacob & PM Lee ucap Selamat Hari Raya kepada umat Islam

Presiden Halimah Yacob (kiri), PM Lee Hsien Loong (kanan). (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 09:43PM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 11:28PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Singapura.

Menerusi catatan di laman Facebook beliau malam ini (14 Jun) Presiden Halimah turut berharap agar semua umat Islam bergembira menyambut dan meraikan Hari Raya.

Awal dari itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga memuat naik catatan di laman Facebook beliau, mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di sini.

Beliau juga berkongsi tentang pengalamannya berjalan-jalan di Bazar Geylang Serai sebelum Sidang Puncak DPRK-AS baru-baru ini.

"Saya gembira melihat begitu ramai yang keluar berbelanja membeli keperluan seperti perhiasan rumah dan pakaian Raya sambil menikmati hiasan lampu di Geylang Serai yang sungguh cantik dan bergemerlapan.

"Sudah tentu sambutan Hari Raya tidak akan lengkap tanpa sedikit kuih Raya yang lazat," kata PM Lee.

Satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang dikeluarkan hari ini mengumumkan bahawa PM Lee akan bercuti ke luar negara mulai esok (15 Jun) sehingga 22 hari bulan ini.

Semasa ketiadaan beliau, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, akan menjadi Pemangku Perdana Menteri. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan