Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengumuman awal Ramadan oleh Mufti Negara Dr Fatris Bakaram

Masyarakat Islam di Singapura mula berpuasa lusa (17 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masyarakat Islam di Singapura mula berpuasa lusa (17 Mei).

Demikian diumumkan Mufti Negara Singapura, Dr Mohamed Fatris Bakaram, menerusi pengisytiharan beliau tentang awal bulan Ramadan.

Berikut ini pengumuman penuh oleh Mufti Negara:

"Mengikut kiraan hisab, anak bulan Ramadan tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi kerana bulan telah terbenam lebih awal. Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Syaban - 30 hari.

Oleh yang demikian sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan bagi tahun 1439H jatuh pada lusa, Khamis bersamaan 17 Mei 2018.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekelian kaum Muslimin Muslimat Singapura: Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak.

Di dalam bulan yang mulia ini, ambillah peluang untuk mengukuhkan silaturrahmi dan mengajak ahli keluarga kita beribadah bersama, seperti bersahur, beriftar dan solat terawih bersama. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha kita untuk membentuk masyarakat Islam yang cemerlang dan mengurniakan kita kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan." 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan