Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'My Ramadan Experience' beri peluang pelbagai agama buka puasa sambil beramal

Kerja-kerja sukarela inilah yang dilakukan kumpulan pelajar Sekolah Menengah Meridian bagi membantu keluarga memerlukan, yang tinggal di blok 91 hingga 93 di Henderson Road.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Mereka tidak pernah berada dalam masjid, apatah lagi menyertai umat Islam berbuka puasa bersama-sama. Mereka tidak tahu yang mereka boleh melakukannya, sehingga petang semalam (2 Jun).

Sempena bulan Ramadan ini, para pelajar bukan Islam dari Sekolah Menengah Meridian bersama-sama rakan sedarjah Muslim mereka turut mengambil peluang untuk mempelajari makna Ramadan. Ini dilakukan di bawah program 'My Ramadan Experience', yang dianjurkan Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, yang mengajak sekitar 40 pelajar itu sama-sama melalui sendiri pengalaman berbuka puasa sambil beramal.

Para pelajar Sekolah Menengah Meridian. (Gambar: Ummu Rabbisyfina Abdul Hamid)

PROGRAM GOTONG ROYONG & MAJLIS BERBUKA PUASA

Membantu membersihkan empat rumah sambil mengecat dinding serta menyingsing lengan membasuh tandas. Kerja-kerja sukarela inilah yang dilakukan kumpulan pelajar Sekolah Menengah Meridian bagi membantu keluarga memerlukan, yang tinggal di blok 91 hingga 93 di Henderson Road.

Di sebalik penat lelah membantu pada bulan Ramadan ini, pengalaman mereka menjadi lebih menarik lagi, dengan sejumlah pelajar bukan Islamnya yang turut sama-sama berpuasa seharian.

Para pelajar Sekolah Menengah Meridian. (Gambar: Ummu Rabbisyfina Abdul Hamid)

"Saya rasa sangat gembira kerana mungkin mereka rasa amat lapar, dan perlu menjaga keluarga mereka sendiri dan diri mereka. Jadi mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja mereka dan mengemas rumah mereka sendiri", kata Daphin Lim, pelajar Sekolah Menengah Meridien.

Seorang lagi pelajar, Helene Khoo berkata, "Sebenarnya seronok membantu orang lain untuk membersihkan rumah memandangkan mereka tidak dapat lakukan sendiri".

Program berbentuk gotong-royong yang dijalankan di estet kejiranan ini merupakan kali pertama usaha sedemikian dijalankan Masjid Jamiyah Ar-Rabitah. Selain disokong oleh Kelompok Masjid Selatan, projek ini turut menggabungkan Yayasan Mendaki degan Khidmat Sosial Beyond.

AGIHAN HABUAN, BAJU RAYA

Para penerima bantuan di sini turut diberikan peluang memilih baju-baju raya terpakai yang didermakan oleh kakitangan MUIS dan MENDAKI.

"Ini untuk keharmonian kita, tiga blok di sini, mereka semua daripada keluarga-keluarga kurang bernasib baik. Jadi mereka ada rasa gotong-royong itu dan tak kira bangsa, tak kira kaum, semua datang tolong gotong royong," kata Encik Abdul Halim Musadek, Pegawai Pembangunan Sosial, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah.

Program yang berlangsung selama hampir setengah hari ini diakhiri dengan sesi pengagihan bubur dan majlis iftar bersama sekitar 500 penduduk di sini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan